$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 22 Disember 2022 Hingga 28 Disember 2022

SHARE:

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk pet...


Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 22 Disember 2022 hingga 28 Disember 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:

  • harga runcit petrol Rl ON97 turun sebanyak 20 sen seliter daripada RM3.55 kepada RM3.35 seliter;
  • harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
  • harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan. Namun, harga runcit petrol RON97 diturunkan selaras dengan pergerakan harga pasaran semasa.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.



Sumber : https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/harga-runcit-produk-petroleum-bagi-tempoh-22-disember-2022-hingga-28-disember-2022

Harga minyak turun lagi untuk RON97 setelah naik banyak seperti sebelum-sebelum ini dan pada dahulunya harga RON97 ini tidaklah sebetul-betulnya tinggi daripada RON95 dan Diesel. Tapi sejak kewangan negara kita tak menentu RON97 naik meningkat begitu mendadak dan kini pun kita lihat seperti turun mendadak.

Yang paling penting ialah RON95 turun mendadak juga kerana majoriti rakyat malaysia terutamanya B40 dan M40 hanya menggunakan minyak RON95 untuk kenderaan masing-masing untuk pergi ke kerja dan dimana-mana tempat. Agak-agak bila RON95 nak turun?

Tapi apa pun kita tetap bersyukur dan bantu serta support negara kita ini supaya lebih maju seperti negera-negara jiran yang terdekat yang sudah maju dengan jayanya.

Semoga kita akan dapat lihat kemudian, apa yang patut turun, memang kena turun untuk meringankan beban rakyat.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content