Intipati Mini Bajet 2023

SHARE:

DEWAN Rakyat sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 y...

DEWAN Rakyat sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan khas untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107.7 bilion merangkumi pembayaran gaji penjawat awam, utiliti dan biasiswa, termasuklah bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

Bajet Mini 2023 akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari depan hingga Bajet 2023 dibentang dan lulus di Parlimen. Antara intipati Bajet Mini 2023 ialah:

1. Bayaran fasa pertama Bayaran Tunai Rakyat RM300 (isi rumah) dan RM100 (bujang) dipercepatkan dari bulan Mac ke Januari 2023.

2. Bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.

3. Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.

4. Tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) diteruskan.

5. Bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini.

6. Menyediakan 50,000 peluang pekerjaan.

Selain itu, kerajaan berusaha mengawal kenaikan harga barang serta mengekalkan tarif elektrik yang menelan belanja subsidi berbilion ringgit, di samping mengumumkan bantuan RM60 juta untuk pesawah padi melalui Bernas.

Inisiatif-inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet Mini 2023 menggambarkan keutamaan Kerajaan Perpaduan bagi meringankan beban rakyat pasca-Covid-19, menghadapi musim banjir dan jangkaan ketidaktentuan ekonomi pada 2023.

Namun demikian, Bajet Mini 2023 perlu dilihat disebalik angka-angka yang diluluskan. Yang lebih penting ialah bagaimana Bajet Mini 2023 dapat dilaksanakan dengan efisien, berkesan dan memberi nilai untuk wang yang sebaiknya.

Untuk pandangan saya mengenai Bajet Mini 2023 untuk Malaysia ini.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dengan bantuan serta bajet yang diperlukan oleh semua yang memerlukan. Nak urus Malaysia ini bukan senang. Semua orang kena bagi sama rata dan adil serta saksama.

Kalau anda bagi lebih yang ini, ada pihak yang dapat kurang dan jikalau bagi pihak yang kurang, pihak yang lebih juga terasa. Jadi kena fikir mana yang terbaik dan memerlukan bantuan patut di dahulukan supaya keluarganya tidak terjejas.

Zaman sekarang ini hidup penuh cabaran yang kena hadapi, ada yang kena buat 2 atau 3 kerja dalam satu masa sebab duit tidak mencukupi dengan barangan asas juga begitu mahal. Jadi kita juga perlu berjimat cermat dan jangan terlampau boros dan menambah hutang.

Jadi selesainya hutang mana yang mampu, kerja dengan bijak supaya dapat menampung diri sendiri dan keluarga yang mana kita patut jaga mengikut turutan nafkah.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content