2,400 Video Seks Gadis Melayu Dijual Di Platform Pemesejan

SHARE:

  SEBAHAGIAN gambar wanita yang dipamerkan dalam satu kumpulan video lucah dan dijual melalui platform pemesejan. PETALING JAYA: Satu kumpul...

 

SEBAHAGIAN gambar wanita yang dipamerkan dalam satu kumpulan video lucah dan dijual melalui platform pemesejan.

PETALING JAYA: Satu kumpulan platform pemesejan dikesan menjual lebih 2,400 video lucah membabitkan gadis Melayu dan dilanggan lebih 1,600 orang dipercayai lelaki warganegara ini. Wartawan Utusan Malaysia yang menyamar sebagai pelanggan satu kumpulan di platform tersebut yang menyediakan bahan lucah gadis Melayu mendapati, pengendali kumpulan aplikasi tersebut mengenakan bayaran sebanyak RM40 untuk menyertainya. Sebaik saja menghantar butiran pembayaran, pengendali akan…

Sumber : https://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/2400-video-seks-gadis-melayu-dijual-di-platform-pemesejan/

Bahaya sekarang ini banyak gambar / video di media sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok, Twitter dan juga chat sosial seperti Telegram, Whatsapp serta lain-lain lagi. Kumpulan ini sedang mengumpul gambar-gambar dan video-video yang agak seksi bagi mereka untuk dijual kepada orang lain.

Oleh itu, diharap apabila post gambar / video di media sosial ataupun chat sosial pastikan jangan gambar yang seksi atau menghairahkan kerana daripada gambar tersebut mereka akan simpan dan hasilkan duit daripada jualan gambar anda itu.

Jaga diri sendiri dan jangan terdedah sangat gambar / video privasi anda untuk keselamatan anda sendiri. Zaman sekarang ini saya melihat perempuan suka sangat post gambar yang agak seksi dan menghairahkan. Untuk siapa semua itu? Saja nak tarik perhatian atau sebagainya?

Jangan kata WanFar Media tidak pernah pesan dan jangan terkejut juga jikalau gambar anda menjadi mangsa dengan perkara tersebut. Selalunya video seks yang dipaparkan dan hendak dijual itu majoriti gambar lama. Jaga diri dan jangan terpengaruh untuk kepuasan diri sendiri.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content