PELEPASAN KEBANKRAPAN ~ Belanjawan 2023 ~ MALAYSIA MADANI

SHARE:

  Dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi mengikut Seksyen 33A Akt...

 

Dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi mengikut Seksyen 33A Akta 360.

Inisiatif ini untuk membantu rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil dilepaskan daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023.

KELAYAKAN PERMOHONAN

Ketua Pengarah Insolvensi akan mempertimbangkan kepada kategori kes kebrankapan seperti yang berikut:

  • Perintah kebrankapan telah melebihi 5 tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman/Perintah Kebrankapan
  • Jumlah hutang yang diperakui atau baki hutang terlibat tidak melebihi RM50,000.
  • Tiada perintah Mahkamah, prosiding mahkamah dan/atau prosiding penyiasatan dijalankan ke atas bankrap di bawah Akta 360 yang menghalang pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

TATACARA MEMOHON PELEPASAN KEBANKRAPAN

Permohonan pelepasan boleh dibuat kepada cawangan Mdl yang mentadbir kes kebrankapannya dengan cara:

  • Hadir secara fizikal ke Pejabat MdI berdekatan, atau
  • Hubungi Pejabat MdI melalui surat atau emel, atau
  • Isi borang Permohonan Pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi Di Bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] dan serahkan ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapan.

Pegawai Insolvensi akan menyemak permohonan bankrap, kedudukan dokumen pentadbiran dan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran kebankrapan.

Individu bankrap hendaklah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh Pegawai Insolvensi.

Berikut adalah diantara soalan² lazim & informasi penting yang wajib diketahui oleh para Pemohon, sila ambil maklum :-

1. Bilakah tarikh kuatkuasa pelaksanaan pelepasan bankrap dengan hutang berskala kecil?

  • 1hb Mac 2023.

2. Apakah kategori hutang berskala kecil?

  • Jumlah tuntutan hutang yang diperakukan dalam jumlah RM50,000 dan ke bawah.

3. Apakah peruntukan undang-undang yang terlibat bagi pelepasan ini?

  • Proses pelepasan bankrap dilaksanakan di bawah peruntukan seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360]. Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) mempunyai budi bicara untuk membuat pelepasan dengan mengeluarkan Sijil KPI kepada bankrap yang memenuhi syarat yang diperuntukkan.
  • KPI akan memberikan pertimbangan kepada kategori bankrap yang memenuhi syarat-syarat yang diperuntukan.

4. Siapakah bankrap yang boleh dipertimbangkan untuk pelepasan di bawah inisiatif ini?

  • Pengisytiharan kebankrapan telah melepasi tempoh 5 tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman / Perintah Kebankrapan;
  • Jumlah hutang yang diperakukan atau jumlah baki hutang yang terlibat tidak melebihi RM50,000.00; dan
  • Bankrap memberikan kerjasama kepada MdI bagi pentadbiran kebankrapan dan urusan yang berkaitan dengannya.
  • Bankrap hendaklah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh Pegawai Insolvensi.

5. Apakah perkara-perkara yang boleh menghalang bankrap untuk dilepaskan melalui Sijil KPI?

  • Terdapat perintah Mahkamah atau prosiding Mahkamah yang sedang berjalan terhadap bankrap atau pentadbiran kebankrapan di bawah Akta 360; dan Tindakan atau prosiding penyiasatan di bawah Akta 360 sedang dijalankan ke atas bankrap.

6. Sekiranya bankrap sebelum ini tidak pernah hadir atau berhubung dengan Cawangan yang mentadbir kes kebankrapannya, adakah bankrap layak untuk memohon pelepasan?

  • Bankrap layak memohon. Namun bankrap hendaklah memberikan kerjasama dan maklumat yang sepenuhnya agar Pegawai Insolvensi boleh menjalankan pentadbiran kebankrapan dan memproses permohonan pelepasan bankrap.

7. Bagaimanakah bankrap boleh mendapatkan maklumat berkaitan jumlah hutang dan menyemak status kes kebankrapannya?

  • Bankrap hendaklah hadir atau berhubung melalui surat atau emel ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapannya.

8. Bagaimanakah bankrap boleh memohon pelepasan tersebut?

  • Bankrap boleh hadir secara fizikal atau berhubung melalui surat, emel atau mengisi borang Permohonan Pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi Di Bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] yang boleh didapati di laman sesawang https://www.mdi.gov.my dan diserahkan ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapan;
  • Pegawai Insolvensi akan menyemak permohonan bankrap, kedudukan dokumen pentadbiran dan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran kebankrapan; dan
  • Bankrap hendaklah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh Pegawai Insolvensi.

9. Apakah prosedur yang terlibat setelah bankrap membuat permohonan pelepasan?

  • Pegawai Insolvensi akan menyemak kedudukan kes dan memastikan dokumen dan perkara yang berkaitan dengan pentadbiran kebankrapan telah lengkap dan teratur; dan KPI akan mengeluarkan notis niat untuk pelepasan bankrap kepada pemiutang.

10. Adakah pihak pemiutang boleh membantah kepada pelepasan?

  • Pihak pemiutang boleh membantah niat KPI untuk melepaskan bankrap melalui Sijil KPI melainkan bankrap berada dalam empat (4) kategori bankrap yang dikecualikan; dan
  • Pemiutang boleh membuat bantahan kepada KPI dalam tempoh 21 hari selepas serahan notis niat KPI untuk melepaskan bankrap melalui Sijil KPI.

11. Apakah empat (4) kategori bankrap yang dikecualikan daripada bantahan bantahan pemiutang?

Empat (4) kategori bankrap yang boleh dilepaskan oleh KPI tanpa perlu melalui bantahan pihak pemiutang ialah:

  • Bankrap adalah penjamin sosial;
  • Bankrap didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Akta Kurang Upaya 2008;
  • Bankrap yang telah meninggal dunia; dan
  • Bankrap yang menghidap penyakit serius yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

12. Apakah yang akan berlaku jika terdapat bantahan yang dikemukakan oleh pihak pemiutang?

i) KPI akan membuat keputusan atas bantahan yang dikemukakan oleh pemiutang dan memaklumkannya kepada pemiutang;
ii) Sekiranya KPI menolak bantahan pemiutang, pemiutang hendaklah mengemukakan bantahan di Mahkamah dalam tempoh 21 hari selepas pemakluman tersebut;
iii) Mahkamah akan membuat keputusan selepas mendengar pihak-pihak yang terlibat:
    a) Menolak bantahan pemiutang dan bankrap dilepaskan daripada kebankrapan; atau

    b) Membuat perintah bahawa sijil pelepasan tidak boleh dikeluarkan sekurang-                    kurangnya dalam tempoh 2 tahun.

13. Apakah yang akan berlaku jika tiada bantahan yang dikemukakan oleh pihak pemiutang?

  • Bankrap dilepaskan daripada kebankrapan melalui Sijil KPI;
  • Walaupun telah dilepaskan, bankrap masih perlu memberikan kerjasama kepada KPI sekiranya pentadbiran kebankrapan masih belum selesai (seksyen 35A Akta 360); dan
  • Pelepasan tidak akan melepaskan bankrap daripada hutang Kerajaan, sekiranya ada (seksyen 35 Akta 360).

14. Alamat Emel Cawangan

  1. Unit Pelepasan Ibu Pejabat ~ g.pelepasan@mdi.gov.my
  2. Unit Pelepasan Ipoh ~ g.pelepasan.ipoh@mdi.gov.my
  3. Unit Pelepasan Johor Bharu ~ g.pelepasan.jb@mdi.gov.my
  4. Unit Pelepasan Kedah ~ g.pelepasan.kedah@mdi.gov.my
  5. Unit Pelepasan Kelantan ~ g.pelepasan.kelantan@mdi.gov.my
  6. Unit Pelepasan Kota Kinabalu ~ g.pelepasan.kk@mdi.gov.my
  7. Unit Pelepasan Kuantan ~ g.pelepasan.kuantan@mdi.gov.my
  8. Unit Pelepasan Kuching ~ g.pelepasan.kuching@mdi.gov.my
  9. Unit Pelepasan Melaka ~ g.pelepasan.melaka@mdi.gov.my
  10. Unit Pelepasan Miri ~ g.pelepasan.miri@mdi.gov .my
  11. Unit Pelepasan Muar ~ g.pelepasan.muar@mdi.gov.my
  12. Unit Pelepasan Negeri Sembilan ~ g.pelepasan.ns@mdi.gov.my
  13. Unit Pelepasan Perlis ~ g.pelepasan.perlis@mdi.gov.my
  14. Unit Pelepasan Pulau Pinang ~ g.pelepasan.pp@mdi.gov.my
  15. Unit Pelepasan Sandakan ~ g.pelepasan.sandakan@mdi.gov.my 
  16. Unit Pelepasan Selangor ~ g.pelepasan.selangor@mdi.gov.my
  17. Unit Pelepasan Sibu ~ g.pelepasan.sibu@mdi.gov.my
  18. Unit Pelepasan Taiping ~ g.pelepasan.taiping@mdi.gov.my
  19. Unit Pelepasan Tawau ~ g.pelepasan.tawau@mdi.gov.my
  20. Unit Pelepasan Temerloh ~ g.pelepasan.temerloh@mdi.gov.my
  21. Unit Pelepasan Terengganu ~ g.pelepasan.terengganu@mdi.gov.my
  22. Unit Pelepasan WPKL ~ g.pelepasan.wpkl@mdi.gov.my

Sumber :- https://www.mdi.gov.my/https://budget.mof.gov.my/

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content