$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Anggota, Pegawai ATM Terbabit Kes Buli Boleh Dibuang Kerja – Tok Mat

SHARE:

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Tindakan tegas akan diambil termasuk buang kerja jika ada anggota yang terlibat dengan dakwaan membuli pelatih Tente...


KUALA LUMPUR, 10 Mei – Tindakan tegas akan diambil termasuk buang kerja jika ada anggota yang terlibat dengan dakwaan membuli pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata kejadian membuli pelatih TUDM berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana ia bukan satu budaya yang biasa dilakukan.

“Bagaimanapun perkara sedemikian (membuli pelatih) kadang-kadang berlaku, malah di peringkat sekolah rendah dan menengah ada juga kes buli. Saya berharap perkara ini elok dihentikan.

“Jika ia masih berlaku (kes buli) dan didapati ada anggota yang benar-benar terlibat dan tidak mengendahkan peraturan, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sehingga membolehkan dia dibuang kerja,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira ATM di sini hari ini.

Menurutnya Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan menasihatkan anggotanya agar tidak terlibat dengan perkara yang boleh menjadi kesalahan terutamanya dalam terma perkhidmatan ATM.

Mengulas mengenai siasatan kes berkenaan, Mohamad berkata ia sedang dijalankan oleh kedua-dua pihak iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MINDEF.

“Kita akan lihat hasil daripada siasatan yang dibuat kerana kita tidak boleh terus menjurus kepada sesuatu perkara tanpa kita dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Semalam, PDRM merekodkan lebih 10 keterangan dalam siasatan kes itu termasuk lima pelatih yang mendakwa menjadi mangsa serta enam pelatih yang didakwa melakukan perbuatan itu.

Sebelum ini, tular satu perkongsian di media sosial dengan seorang wanita mendakwa adiknya menjadi mangsa buli di sebuah pusat latihan tentera udara.

Dalam perkongsian tersebut wanita itu mendakwa adiknya menjadi mangsa penderaan fizikal serta emosi sehingga menyebabkan trauma dan ketakutan. – Bernama

Sumber : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2187840

Nak melatih seseorang itu bukan dengan cara buli tapi dengan cara mengajar dan kalau tidak faham ajar lagi dan seterusnya kalau buat salah baru buat tindakan pembetulan. Ini membuat pembulian dengan perkara bukan-bukan. Itu tidak patut.

Sebagai seorang yang lebih tua perlu mengajar budak-budak dengan cara yang betul seperti membuat kebaikkan, belajar agama dan sebagainya baru orang respek. Bukan dengan kekerasan dan tanpa salah dan silap terus ambil tindakan sendiri.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content