Bergembira Bersama Keluarga Di SnoWalk Aurora i-City Shah Alam

SHARE:

  i-City merupakah sebuah tempat yang mempunyai pelbagai jenis taman tema dan juga shopping mall yang berada di Shah Alam iaitu bersebelahan...

 

i-City merupakah sebuah tempat yang mempunyai pelbagai jenis taman tema dan juga shopping mall yang berada di Shah Alam iaitu bersebelahan dengan Klang sahaja.

Hari ini sahaja bawa keluarga pergi ke SnoWalk daripada i-City selepas tinggal lama di Selangor tetapi tidak pernah pergi. Dapat juga peluang hari ini untuk masuk ke dalam SnoWalk i-City

SnoWalk Aurora i-City

Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

03-5521 8800

Harga tiket masuk sini RM 55 seorang (kids), untuk dewasa RM 65 seorang untuk warganegara dan bukan warganegara dan sekarang ada promosi iaitu topup RM100 di dalam aplikasi i-City akan dapat RM20 secara percuma.


Saya gunakan aplikasi tersebut dan hanya RM200 sahaja untuk dua orang dewasa dan juga 2 orang kanak-kanak kerana dapat RM40 secara percuma di dalam aplikasi. Di dalam aplikasi i-City anda kena topup dahulu dan promosi ini tidak selalu ada.


Di dalam SnoWalk Aurora i-City ini besar juga tempatnya kerana bahagi kepada 3 tempat iaitu tempat masuk, tempat main salji dan juga tempat hiasan dan mainan kanak-kanak. Kalau ada anak kecil boleh bawa disini kerana boleh main salji dan juga taman permainan mini yang agak menarik.


Kalau pergi disini kena beli sarung tangan juga dan kalau ada sarung tangan sendiri lagi terbaik sebab sejuk betul dalam ini. Sarung tangan harga RM10 untuk satu set dan kalau 4 orang anda akan dikenakan caj RM40. Untuk elak daripada kesejukan cuba bawa sarung kepala dan sarung tangan sendiri. Dapat jimat sudah daripada situ.

Kasut dan juga baju sejuk juga tersedia di dalam harga yang disediakan di dalam harga bayaran yang diberikan beserta stokin. Oleh itu tidak perlu beli stokin, kasut dan juga baju sejuk.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content