Budak 6 Tahun Pandu Kereta Bawa Adik 3 Tahun Sejauh 2.5km Sebelum Kemalangan

SHARE:

Seorang budak berusia enam tahun memandu sebuah kereta sebelum terbabas. ORANG ramai dikejutkan dengan tindakan seorang budak lelaki berusi...

Seorang budak berusia enam tahun memandu sebuah kereta sebelum terbabas.

ORANG ramai dikejutkan dengan tindakan seorang budak lelaki berusia enam tahun memandu sebuah kereta sehingga terbabit kemalangan di Jalan Bukit Tangga di Langkawi, malam Selasa.

Kanak-kanak berkenaan memandu sejauh 2.5 kilometer dari rumahnya bersama seorang penumpang yang merupakan adiknya berusia tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis menerima satu panggilan telefon daripada orang awam mengenai satu kemalangan jalan raya di kawasan tersebut, pada pukul 11.15 malam.

"Kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa dan hilang kawalan serta terbabas masuk ke tepi jalan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.

"Pemandu mengalami kecederaan di dagu, manakala penumpang tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, dua beradik itu dipercayai keluar dari rumah ketika bapa mereka sedang tidur, manakala ibu berada di dalam bilik air.

"Kanak-kanak itu dipercayai memandu pada jarak kira-kira 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu," ujarnya.

Menurut Shariman, kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular video menunjukkan seorang kanak-kanak memandu kereta Toyota Vios sehingga terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.

Sumber : https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2023/05/10/budak-6-tahun-pandu-kereta-siap-bawa-adik-3-tahun-sebelum-terbabas

Pandai betul buda sekarang ini dalam senyap-senyap teringin nak bawa kereta dan kereta yang dibawa itu ialah kereta Vios pula itu. Bukan kereta murah. Mungkin sebelum ini rasa teringin nak bawa kot ataupun pernah diajar cara nak bawa secara melawak atau bergurau ibu bapa kepada anak-anak.

Semoga semuanya dipermudah segala urusan adik-adik dan ibu bapa tersebut. Nasib baik tiada kemalangan jiwa besar yang berlaku kepada mereka berdua.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content