Highway 10 Arab Saudi Jalan Lurus Terpanjang Di Dunia

SHARE:

Bayangkan, anda memandu kereta sejauh 260 km dengan bentuk muka bumi yang lurus tanpa membelok ke kanan atau kiri. Ini adalah Highway 10 di...


Bayangkan, anda memandu kereta sejauh 260 km dengan bentuk muka bumi yang lurus tanpa membelok ke kanan atau kiri. Ini adalah Highway 10 di Arab Saudi yang dikatakan jalan lurus terpanjang di dunia.

Kalau dalam Bahasa Melayu Highway ini orang panggil Lebuhraya iaitu Lebuhraya 10 Arab Saudi.
Point Permulaan: Al Haradh area
Point Terakhir: Al Batha
Panjang: 256 kilometers
Lokasi: https://goo.gl/maps/xSCvVLsL3iDjbfDP8
Apabila mencari jalan yang paling unik di dunia, nama jalan Highway 10 muncul dalam senarai. Banyak tapak pelancongan telah menyematkannya sebagai 'Jalan Lurus Terpanjang di Dunia'.

Dalam carian WanFar Media, agak sukar untuk mendapatkan maklumat rasmi mengenai Highway 10. Namun, dalam pencarian melalui laman Google Maps, akhirnya terpapar jalan di Arab Saudi.

Gurun di kedua-dua belah jalan

Highway 10 terbentang dari Haradh, sebuah bandar kecil di Al-Hasa ke Al Batha, kawasan timur Arab Saudi dan di sempadan dengan Emiriah Arab Bersatu. Panjang keseluruhan Highway 10 mencecah 162 batu atau bersamaan 260 km!

Biasanya jarak antara dua bandar boleh dicapai dalam masa 2 jam 20 minit. Jalan itu juga membelah kawasan padang pasir yang penuh dengan pasir, batu dan gersang.


Bagi pengembara yang ingin mencuba Highway 10, mereka diharapkan dapat menumpukan perhatian. Jangan mengantuk, jangan berkhayal dan kekal fokus. Pasang muzik supaya anda tidak bosan, kerana sepanjang perjalanan anda tidak akan belok kiri atau kanan.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content