HOT!~Tiket Pra-Jualan Coldplay Sold Out, Catat Sejarah GoLive Asia Apabila 400,000 Peminat Beratur Dalam Talian ~ GoLive Asia

SHARE:

  CIMB Presale untuk Coldplay: Music Of The Spheres World Tour - yang dibawakan oleh  DHL telah habis dijual. - Gambar PR Tiket Pra-Jualan C...

 

CIMB Presale untuk Coldplay: Music Of The Spheres World Tour - yang dibawakan oleh  DHL telah habis dijual. - Gambar PR

Tiket Pra-Jualan Coldplay Sold Out, Catat Sejarah GoLive Asia Apabila 400,000 Peminat Beratur Dalam Talian

Namun, pihak GoLive Asia menolak dakwaan bahawa laman web mereka ‘crashed’, musnah atau ranap sepertimana yang didakwa ramai dan jualan tiket umum boleh didapati hari ini!  


emang lain macam sungguh penangan Coldplay! Tiket pra-jualan band muzik Brit Rock ini telah mencatat sejarah kerana ia bukan sahaja telah sold out dijual dalam tempoh masa yang singkat tetapi ia turut menyaksikan 400,000 ribu peminat beratur di alam maya semata-mata untuk mendapatkannya. 

Perkara ini memang tidak pernah berlaku dalam sejarah GoLive Asia sepanjang penglibatan mereka dengan penganjuran pelbagai konsert bertaraf antarabangsa. 

“Peminat yang dihormati, kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda. CIMB Presale untuk Coldplay: Music Of The Spheres World Tour - yang dibawakan oleh  DHL telah habis dijual. 

“Permintaan untuk Coldplay: Music Of The Spheres World Tour yang dibawakan oleh DHL di Stadium Nasional Bukit Jalil berada di luar carta dan ia merupakan salah satu pra-jualan paling besar yang pernah kami miliki,” menurut kenyataan GoLive Asia.

Namun, pihak GoLive Asia menolak dakwaan bahawa laman web mereka ‘crashed’, musnah atau ranap sepertimana yang didakwa ramai. 

“Kami mencipta rekod apabila 400,000 peminat menanti di barisan maya, jumlah terbesar dalam sejarah GoLive Asia. 

“Kami ingin menjelaskan bahawa aplikasi dan laman web tiket GoLive Asia sebenarnya tidak ranap. Bagaimanapun, disebabkan bebanan yang besar, kami terpaksa memastikan aliran trafik diuruskan dengan mantap di platform kami.

“Selepas menyelesaikan isu ini, pembelian telah dibuat dan pelanggan telah mendapatkan tiket mereka,” kata GoLive Asia Asia lagi menerusi satu kenyataan yang dikongsi di laman web mereka. 

Dakwaan tersebut timbul apabila rata-rata peminat tegar Coldplay menyuarakan kekesalan mereka apabila pra-jualan tiket Coldplay untuk pemegang kad CIMB Bank yang bermula seawal jam 10 pagi gagal dibeli selepas berkali-kali mereka cuba masuk ke laman web GoLive Asia. 

Bukan itu sahaja, laman web itu juga turut mengeluarkan mesej error iaitu ‘error: Rate exceeded’ yang muncul selepas pembeli menekan butang tiket. 

Apapun, buat peminat Coldplay yang telah mengikuti perjalanan kerjaya muzik mereka sejak band ini ditubuhkan pada era 90-an dengan lagu-lagu hits mereka seperti Yellow, Clocks, Fix You, The Scientist dan Vida La Vida, anda masih boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan konsert mereka.  

Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour anjuran Live Nation dijadual berlangsung pada 22 November ini di Bukit Jalil. Tiket konsert untuk jualan umum bermula pada hari ini. 

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya mendapatkan tiket untuk persembahan konsert ini, dan bagi mereka yang masih belum memiliki, jangan risau, jualan umum bermula esok (hari ini) dan anda masih berpeluang mendapatkan tiket,” jelas GoLive Asia lagi.

Go-Live turut memaklumkan bahawa pra-beratur bermula jam 9 pagi tadi diikuti dengan jualan tiket yang bermula pada jam 10 pagi. Terima kasih atas sokongan dan semoga berjaya! 

Sumber : Getaran, 17 Mei 2023

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content