$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Huawei P60 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM4699

SHARE:

Huawei P60 Pro akhirnya dilancarkan di Malaysia pada hari ini. Ia diumumkan sebagai peranti mercu terkini Huawei yang hadir dengan kemaskini...

Huawei P60 Pro akhirnya dilancarkan di Malaysia pada hari ini. Ia diumumkan sebagai peranti mercu terkini Huawei yang hadir dengan kemaskini menarik daripada pelbagai aspek khususnya buat para penggemar fotografi di luar sana.


Bagi yang berminat, peranti dijual dengan harga bermula RM4699 (8GB/25GB) dan RM5499 (12GB/512GB) yang boleh didapati dalam dua piliha warna seperti Rococo Pearl atau Black.


Huawei P60 Pro dilengkapi dengan skrin melengkung sebesar 6.67-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 tanpa 5G bersama gabungan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Kapasiti bateri pula sebesar 4815mAh yang juga boleh dicas semula dengan sistem pengecasan pantas berwayar 88W dan nirwayar 50W.


Sistem tri-kamera digunakan pada tahun ini yang terdiri dengan 48MP f/1.4~f/4.0 dengan OIS, 48MP telefoto f/2.1 dengan OIS dan 13MP ultra sudut lebar f/2.2. Kemampuan zum optikal hingga 5X dan zum digital 100X disokong, selain turut menggunakan sistem kamera XMAGE yang menggantikan sistem Leica sebelum ini.


Bahagian hadapan pula memuatkan kamera swafoto 13MP f/2.4. Kemudian tubuh peranti juga melepasi piawaian IP68, dalam masa sama turut sistem pembesar suara stereo dan pemancar inframerah.

Sumber : https://amanz.my/2023392843/


Saya sukan kameranya sebab besar betul dibahagian tengah dan DXOMARK menyatakan bahawa Huawei P60 Pro ini adalah di tangga nombor 1 senarai kamera tercantik tapi yang tidak bestnya masih tiada lagi Google Playstore setelah di banned oleh US pada beberapa tahun yang lepas.

Telefon saya di tangga yang ketiga iaitu Honor Magic 5 Pro dan kalah dengan Oppo Find X6 Pro pada mulanya dan sekarang kalah lagi pada Huawei P60 Pro pula yang baru sahaja masuk carta.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content