KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2022 (8 Jun 2023) Tarikh Semakan Keputusan SPM 2022

SHARE:

Seperti yang dimaklumkan dalam siaran media Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan dan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun...

Seperti yang dimaklumkan dalam siaran media Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan dan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 akan diumumkan pada 8 Jun 2023 (Khamis).

Calon-calon SPM dan juga ibu bapa pastinya tidak sabar dengan pengumuman ini setelah berhadapan dengan peperiksaan pada Februari hingga Mac yang lalu.

Untuk makluman, seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.


Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan dikeluarkan mulai 8 Jun 2023 (Khamis) jam 10 pagi.


Cara Semakan Keputusan SPM 2022

Terdapat tiga kaedah bagi semakan keputusan SPM 2022 iaitu;

  1. Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Neger tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
  2. Semakan secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023; dan/atau
  3. Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.


Semoga semua calon SPM 2022 beroleh keputusan yang cemerlang, seterusnya dapat menyambung pengajian di Universiti pilihan masing-masing.


KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis). Seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan   SPM Tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.


Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

  1. ONLINE ~ Secara dalam talian   di   pautan   myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023; dan/atau
  2. MESSAGES ~ Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.


KPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon SPM Tahun 2022.

- KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 29 MEI 2023


Bilakah Tarikh Keputusan SPM 2022 Diumumkan?

8 Jun 2023 (Khamis).


Bagaimana cara buat semakan keputusan SPM 2022?

  1. Di sekolah masing-masing mulai 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 (Khamis) (hanya untuk calon sekolah sahaja)
  2. Semakan secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.
  3. Melalui SMS bagi mendapatkan rumusan keputusan dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.


Kaedah Semakan Keputusan SPM

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:


KAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.

Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 8 Jun 2023.


KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE

Semak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 mulai

pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 ; dan/atau


KAEDAH 3 : SEMAKAN SMS

Semak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan slip peperiksaan SPM 2022 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.


Semak Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia

Sistem ELP hanya dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM.

Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.



Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:

Bagi Permohonan Melalui Pos

  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
  • Cek persendirian tidak diterima sama sekali.
  • Sekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan
  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
  • Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
  • Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk artikel Panduan Semak Semula Keputusan Peperiksaan.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content