Kerja-Kerja Kecemasan Pembaikan Paip Pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor Telah Dimulakan

SHARE:

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan ...


Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor telah dimulakan pada jam 9:00 pagi hari ini (Isnin) seperti yang telah dimaklumkan pada 17 Mei 2023. Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Klang/Shah Alam dan Wilayah Kuala Selangor. Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 3:00 pagi, 23 Mei 2023 (Selasa). Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 24 Mei 2023 (Rabu).

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual adalah seperti di Lampiran A dan boleh disemak di https://bit.ly/3OoULcX

Sebanyak 76 lori-lori tangki air telah mula digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Bantuan bekalan air alternatif menerusi empat Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai di Lampiran B.

Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor Wilayah Petaling dan Wilayah Kuala Selangor. Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di tiga stesen pengisian air di lokasi yang tersenarai di Lampiran C.

Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/ serta menerusi aplikasi Air Selangor.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content