Microsoft Copilot - Pembantu AI Macam ChatGPT Tapi Dalam Word, Excel, Outlook, Teams

SHARE:

Microsoft memperkenal sebuah lagi inovasi AI baharu daripada mereka iaitu Microsoft 365 Copilot. Ia digandingkan bersama Word, Excel, PowerP...

Microsoft memperkenal sebuah lagi inovasi AI baharu daripada mereka iaitu Microsoft 365 Copilot. Ia digandingkan bersama Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Teams dan lain-lain. Menerusinya, segala analisis mahupun kerja-kerja produktiviti ringkas dapat dilakukan dengan hanya arahan daripada pengguna.


Ringkasnya untuk mudah faham, ia semacam ChatGPT tapi diintegrasi dengan Word. Anda bagi arahan, seperti "Produk mana paling laris bulan ini?" dalam Excel, dan Copilot akan tunjukkan data dan jawapan. Dengan itu, anda boleh tumpukan terhadap tugas utama yang benar-benar memerlukan kemahiran dan penaakulan daripada anda sendiri. Dua perkataan ditekankan Microsoft dengan Copilot -- kreativiti dan produktiviti. Antara contoh, di Word, anda boleh mulakan dengan halaman kosong manakala Copilot akan berikan anda draf pertama untuk anda sunting.

Di PowerPoint pula, ia akan bantu and cipta presentation dan tambah kandungannya berdasarkan dokumen-dokumen lepas, dengan arahan anda. Copilot di Excel pula mampu menganalisi tren dan pamerkan data yang nampak profesional dalam beberapa saat. Kalau Teams contohnya, Copilot akan ringkaskan poin penting daripada mesyuarat seperti apa yang dikongsi dan siapa penuturnya. Bahkan, ia juga boleh kesan bahagian mana yang dipersetujui dan disanggah.

Dalam waktu mesyuarat berjalan, Copilot boleh mencadangkan action item, dalam masa nyata. Akan tetapi, ia belum tersedia untuk umum, jadi anda belum dapat memanfaatkannya. Copilot kini sedang diuji beberapa kumpulan pengguna sebelum tersedia dalam bulan-bulan mendatang.​

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content