$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Namaku Ahmad Ferrari Ialah Rakyat Malaysia

SHARE:

AHMAD Ferrari bergambar kenangan di Itali, gambar kecil menunjukkan kad pengenalan Ahmad Ferrari. FOTO Ihsan Ahmad Ferrari Ahmad Fauzi Suban...

AHMAD Ferrari bergambar kenangan di Itali, gambar kecil menunjukkan kad pengenalan Ahmad Ferrari. FOTO Ihsan Ahmad Ferrari Ahmad Fauzi

Subang Jaya: "Saya tak berasa malu pun dengan nama saya, malah ia sesuatu yang patut dibanggakan," kata Ahmad Ferrari Ahmad Fauzi.

Ahmad Ferrari, 35, cukup istimewa kerana memiliki nama yang sama dengan model kenderaan mewah terkenal buatan Itali.

Berkongsi kisahnya kepada Harian Metro, Ahmad Ferrari berkata, namanya itu adalah pemberian bapanya, Ahmad Fauzi Khalil, 66.

"Ayah kata Ferrari adalah nama terbaik Itali, kereta nombor satu dari Itali. Terbaik daripada yang terbaik.

"Jadi, ayah berharap saya pun dapat jadi yang terbaik macam Ferrari. Begitulah kisahnya dan saya sendiri selesa dengan nama saya kerana beri inspirasi kepada diri sendiri dan semua tahu apa itu Ferrari," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Ahmad Ferrari berkata, namanya mendapat perhatian sejak di bangku sekolah lagi.

Bagaimanapun, katanya, tiada dalam kalangan rakan mahupun orang terdekat yang menjadikan namanya sebagai bahan jenaka.

"Waktu mula masuk sekolah saya berasa istimewa sangat nama saya tetapi cikgu macam biasa saja mungkin kerana kurang pendedahan ketika itu. Ketika saya di Tahun Enam dan masuk Tingkatan Satu, baru nama saya jadi perhatian.

"Sampai sekarang, bila sebut nama saja, orang terkejut dan tanya semula adakah itu nama sebenar saya. Itu sudah biasa dan dalam kalangan rakan terdekat akan panggil saya Ferrari cuma di pejabat mereka panggil Ahmad," katanya yang juga bekerja sebagai jurujual kereta mewah itu.

AHMAD Ferrari bergambar dengan kereta Ferrari. FOTO Ihsan Ahmad Ferrari Ahmad Fauzi.

Menurut Ahmad Ferrari, namanya juga dapat perhatian ketika berada di luar negara.

"Saya pernah ke Itali atas urusan kerja dan kebanyakan orang sana cakap saya bawa nama yang ada reputasi baik.

"Syukur sangat dan dalam keluarga, saya saja yang ada nama lain daripada yang lain," katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2023/05/965626/namaku-ahmad-ferrari

Pernah dengar tak seorang nama rakyat Malaysia namanya Ahmad Ferrari? Ya memang betul-betul wujud di muka bumi ini. Memang agak rare juga lah nama tersebut dan jarang di dengar. Kalau Ferrari di dalam bentuk kereta merupakan kereta termahal sekali.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content