Penganjur PBAKL Tersilap Cetak, Tertukar Gambar Bendera Filipina Dengan Republik Czech Pada Kain Rentang

SHARE:

  Kain rentang di WTC KL yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook pada Sabtu. — Facebook/Muhammad Haziq Hishamudin PESTA Buku Antarab...

 

Kain rentang di WTC KL yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook pada Sabtu. — Facebook/Muhammad Haziq Hishamudin

PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) merupakan antara acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat Malaysia khususnya pencinta buku.

Acara itu bukan sahaja mengumpulkan karya penulis tanah air, malah ia turut membuka penyertaan kepada pengusaha buku luar negara seperti Indonesia, Thailand, Jepun, Vietnam dan Korea Selatan.

Sehubungan dengan kerjasama itu, penganjur akan meletakkan gambar bendera Malaysia beserta negara luar yang terlibat pada kain rentang yang diletakkan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Muhammad Haziq Hishamudin memuat naik hantaran mengenai kesilapan penganjur PBAKL 2023 yang tersalah mencetak gambar bendera Filipina dan menggantikannya dengan bendera Republik Czech.

Ini dipercayai terjadi berikutan kedua-dua bendera mempunyai lakaran dan warna yang hampir sama.

Perbezaan antara bendera Filipina dengan Republik Czech.


Menjengah ke ruangan komen, ada yang mempersoalkan bagaimana penganjur bagi program antarabangsa boleh membuat kesilapan seperti itu.

"Macam mana penganjur PBAKL 2023 boleh tersalah cetak bendera (Filipina) di kain rentang ni?" soal Muhammad Haziq Hishamudin.

"Penganjur festival antarabangsa (pun) tak boleh beza Filipina dan Republik Czech?" soal Wan Shafiq.

"Ironik, mungkin pesta buku tu tidak melibatkan buku-buku berkaitan geografi dan bendera," kata Muhammad Hafizi Ibrahim secara berseloroh.

Untuk rekod, PBAKL berlangsung bermula 26 Mei hingga 4 Jun 2023 di WTC KL.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan penganjur setakat berita ini ditulis. — Majoriti

Selepas ini kena sentiasa berhati-hati supaya tidak menjadi buah mulut ataupun tular serta viral kepada tempat y ang lain disebabkan kesilapan kita sendiri.

Ambil yang baik dan buang yang keruh. Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran untuk semua orang supaya sentiasa peka tentang apa yang terjadi.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content