Permohonan Politeknik 2023 Online (Jun & Disember)

SHARE:

BILAKAH tarikh kemasukan ke Politeknik di seluruh Malaysia ambilan 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda lepasan SPM yang berminat dan berk...

BILAKAH tarikh kemasukan ke Politeknik di seluruh Malaysia ambilan 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Politeknik Malaysia ambilan Jun dan Disember 2023. Untuk makluman anda, permohonan Politeknik 2023 Fasa 1 boleh dibuat secara online mulai 7 Februari 2023 sehingga 28 Mac 2023. Manakala, permohonan FASA 2 dibuka pada 15 Mei 2023 sehingga 13 Jun 2023 menerusi Portal Rasmi Politeknik dan UPUOnline.


Sedia maklum, terdapat 33 buah Politeknik di seluruh Malaysia yang terdiri daripada 3 jenis politeknik iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METRO. Tarikh sama juga yang terpakai untuk permohonan UA, Matrikulasi, IPG, ILKA dan Kolej Komuniti.

Permohonan Politeknik 2023 Online (Jun & Disember)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Politeknik ambilan Jun & Disember 2023 beserta tarikh penting dan syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan Politeknik 2023
Cara Permohonan Politeknik 2023 Online
1. Permohonan kemasukan ke Politeknik boleh dibuat secara online samaada UPUOnline atau eBorang Politeknik menerusi pautan seperti berikut:

A. Melalui eBorang Politeknik
B. Melalui Portal UPU Online
2. Isikan maklumat borang permohonan yang diminta dengan lengkap dan betul. Klik pada butang 'Hantar' untuk proses seterusnya.

3. Kemudian, anda perlu mencetak Slip Maklumat Permohonan Kemasukan sebagai rujukan masa hadapan.

Syarat Kemasukan Politeknik 2023

Antara syarat-syarat kemasukan ke Politeknik adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Boleh membaca, menulis dan mengira
3. Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4. Serta mendapat kepujian dalam 5 mata pelajaran yang lain

Senarai Kursus Pengajian Yang Ditawarkan di Politeknik
Antara Senarai Kursus Pengajian Yang Ditawarkan di Politeknik adalah seperti berikut:
Senarai Alamat dan Lokasi Politeknik di Malaysia
Yuran Pengajian Sepenuh Masa Politeknik
  • Yuran Pengajian: RM 200
  • Yuran Asrama: RM 60-RM630
    *Tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan
  • Bayaran Pelbagai Semester 1: Maksimum RM 600
  • Semester seterusnya: Maksimum RM 150
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut permohonan Politeknik, sila hubungi di:

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03 - 8888 3837
No. Faks: 03 - 8888 2111
Emel: jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Selamat membuat permohonan kemasukan ke Politeknik ambilan 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Politeknik Malaysia!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content