Selamat Hari Guru 2023 - Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

SHARE:

Selamat Hari Guru 2023 dan Tema Hari Guru pada Tahun 2023 ialah “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” telah dipilih sebagai tema hari guru...


Selamat Hari Guru 2023 dan Tema Hari Guru pada Tahun 2023 ialah “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” telah dipilih sebagai tema hari guru 2023 seperti makluman Facebook Rasmi KPM. Hari Guru akan disambut setiap tahun pada tarikh 16 Mei setiap tahun. Dan untuk tahun 2023, ianya akan disambut untuk edisi yang ke 52.


Objektif Hari Guru Malaysia adalah seperti berikut :-
  1. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru
  2. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat
  3. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat
  4. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia
  5. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan
  6. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Melaka pada 14 hingga 16 Mei ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Dr Roslan Hussin berkata sambutan yang bakal berlangsung selama tiga hari itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Fokus utama sambutan Hari Guru tahun ini adalah sebagai pengiktirafan kepada para guru yang membantu murid-murid bagi meningkatkan potensi mereka.

Penglibatan tidak hanya dari pihak kerajaan tetapi juga melibatkan rakan-rakan strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)”, katanya ketika ditemui pemberita RTM di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content