Seniman Wahid Satay Meninggal Dunia

SHARE:

Ketika hayatnya, Allahyarham Wahid telah membintangi puluhan filem seperti Pontianak pada tahun 1957, Serangan Orang Minyak (1958) dan Rasa ...

Ketika hayatnya, Allahyarham Wahid telah membintangi puluhan filem seperti Pontianak pada tahun 1957, Serangan Orang Minyak (1958) dan Rasa Sayang Eh (1959).

PELAKON dan pelawak veteran terkenal, Wahid Satay, 93, meninggal dunia di kediamannya di Singapura, jam 8 pagi Isnin.

Berita pemergian tersebut dikongsikan oleh beberapa seniman lain di laman Facebook yang turut memaklumkan jenazah boleh dilawati buat kali terakhir di Teban Gardens Road, Teban View, Singapura.

Teman rapat Allahyarham iaitu Rusedah Tawahid berkata, keadaan kesihatan Allahyarham sebelum ini memang agak lemah disebabkan sakit tua.
 
“Saya mendapat perkhabaran arwah meninggalkan dunia di kediamannya di Eunos Crescent, pagi ini. Seperti yang diketahui, arwah memang uzur, keadaannya juga agak lemah akibat sakit tua,” katanya seperti dilaporkan media.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Pusara Aman sekitar jam 4 petang hari ini.

Ketika hayatnya, Allahyarham Wahid atau nama sebenarnya Abdul Wahid Haji Ahmad telah membintangi puluhan filem seperti Pontianak pada tahun 1957, Serangan Orang Minyak (1958), Rasa Sayang Eh (1959), Pak Pandir Moden (1960), Sri Mersing (1961), Badang (1962), Tiga Botak (1965) dan banyak lagi. - Sinarplus/Sinar Harian

Semoga roh arwah Seniman Wahid Satay di tempatkan dikalangan orang beriman. Al-fatihah (dibaca) kepada arwah. Banyak kes seniman yang berkaliber pergi meninggalkan kita semua.

 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content