Sofyank Rancang Tubuh Syarikat Produksi Akhir Tahun Ini

SHARE:

Pereka kandungan digital, Muhammad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank ketika Program Luncheon Talk Sofyank bersama para pel...

Pereka kandungan digital, Muhammad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank ketika Program Luncheon Talk Sofyank bersama para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di Dewan Cendekiawan, IPPTAR hari ini.

Siapa yang tidak kenal Sofyank yang selalu edit gambar grafik yang memang gempak dan diluar fikiran minda kita kerana nampak sebijik seperti yang real asli. 

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pereka kandungan digital tanah air, Mohamad Sofian Abdullah, 27, atau lebih dikenali sebagai Sofyank merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi di ibu negara menjelang akhir tahun ini.

Sofyank yang terkenal dengan bakat mencipta kandungan digital VFX atau kesan visual berkata penubuhan syarikat itu diharap dapat membuka peluang kepada lebih ramai bakat tempatan untuk menceburi bidang berkenaan.

"Saya mahukan sebuah pasukan yang ramai dan penuh dengan individu yang kreatif seperti pasukan Zach King, sehingga boleh menghasilkan pelbagai video menarik dan hebat," katanya kepada pemberita selepas program Luncheon Talk: VFX Designer Sofyank, di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di sini hari ini.


Pemenang pertandingan 'Ultimate VFX Challenge - 'Magic of the Month' di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini itu turut melihat penubuhan syarikat berkenaan akan memberi ruang masa untuknya melanjutkan pelajaran pada masa akan datang.

"Ini kerana, buat masa ini, saya hanya bergerak sendiri terutama dalam membuat kerja-kerja suntingan. Jadi, apabila sudah ada syarikat produksi, saya fikir mungkin akan ada lebih banyak masa untuk diri sendiri," katanya.

Pada masa sama, anak kelahiran Wakaf Bharu, Kelantan ini bersikap terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana individu atau syarikat dalam menghasilkan karya video kreatif.

Sofyank sebelum ini telah beberapa kali berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa antaranya Paul Ruud (Ant-Man) dan Jonathan Majors (Kang The Conqueror) selain pernah menarik perhatian antarabangsa apabila pelakon terkenal, Will Smith memuat naik semula video yang disuntingnya, malah sehingga kini, video ciptaan beliau ditonton oleh jutaan pelayar media sosial.

-- BERNAMA

Memang terbaik Sofyank kerana rancang hendak tubuhkan syarikat produk sendiri pada akhir tahun ini. Mesti gempak dan menarik dan kalau boleh buat edisi budak-budak kerana budak-budak selalu berimaginasi tinggi dan nampak benda itu akan membuat mereka tertarik.

Kalau buat cerita pun mesti gempak seperti taraf Hollywood sudah dengan efek grafik yang mantap. Teruskan usaha anda anak Malaysia!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content