Tiada Subsidi Bagi Pengguna Domestik Guna Elektrik Berlebihan - PM Anwar

SHARE:

Anwar ketika berucap pada sidang media pasca mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar Sel...

Anwar ketika berucap pada sidang media pasca mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Selepas ini jikalau menggunakan elektrik yang tinggi bagi B40 dan M40 juga tiada subsidi sebab pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bukan tahu anda golongan yang mana. Oleh itu kena sentiasa berjimat cermat. Kalau mampu guna lebih bermakna anda mampu bayar lebih. 
PUTRAJAYA: Hanya pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberikan subsidi. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini bertujuan untuk mengurangkan beban pengguna domestik terutama golongan B40 dan M40.

"Umpama rumah tiga kipas, empat penghawa dingin, dia harus bayar kos sebenar dan tidak gunakan subsidi. "Maknanya golongan M40 dan B40 tidak dinaikkan, tapi rumah-rumah yang menggunakan elektrik tinggi akan dikenakan bayaran ikut kos harga pasaran," jelasnya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin.
 
Sebelum ini ujarnya kerajaan juga bersetuju tidak menaikkan tarif elektrik kecuali kepada pihak industri sektor tertentu. "Kita mula pada awal tahun ini tentang keputusan kita menolak cadangan kerajaan terdahulu menaikkan harga elektrik, jadi kita kekalkan untuk M40 dan B40. 

"(Hanya) dikenakan kenaikan bagi kilang-kilang besar, melainkan ada kaitan dengan pertanian dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME). 

"Jangan kata tidak ada kenaikan bagi 90 peratus rakyat tapi ada kenaikan rumah-rumah menggunakan elektrik berlebihan termasuk penggunaan penghawa dingin banyak," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pemberian subsidi bagi tarif elektrik buat pengguna domestik kategori T20 perlu dilihat semula pada masa depan kerana golongan ini berkemampuan untuk membayar tarif yang lebih kompetitif. 

Ujarnya, negara perlu beralih kepada subsidi secara bersasar dalam tarif elektrik dengan memastikan hanya golongan sasar memperoleh manfaatnya.

Selalunya kalau guna tenaga elektrik yang banyak ini adalah golong T20 kerana pasang aircond sentiasa di setiap ruang rumah untuk mengekalkan kesejukan tetapi kalau golongan B40 dan M40 ini jarang pasang aircond.

Senang cerita, kemungkinan akan ada disediakan subsudi bagi mengguna menggunakan elektrik dengan kadar yang rendah. Sentiasa berjimat cermat dan cari barang elektrik yang ada 5 star untuk penjimatan dan pengurangan menggunakan sumber tenaga elektrik.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content