Anggota TUDM Maut Bom Lempar Meletup Ketika Latihan, 2 Jurulatih Parah

SHARE:

Gambar hiasan Gemas: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala dua jurulatih parah selepas bom lempar meletup ketik...

Gambar hiasan

Gemas: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala dua jurulatih parah selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin di sini, hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku pada 12 tengah hari ketika mereka menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di tapak latihan kem terbabit.

Sumber berkata, bom lempar berkenaan meletup di dalam bunker ketika proses latihan dilaksanakan.

"Kejadian berkenaan membabitkan dua jurulatih dan seorang penuntut dari Institut Pentadbiran dan Pengajian Pengkalan Udara Sendayan (Instar).

"Mangsa yang maut adalah penuntut manakala dua jurulatih yang cedera dibawa ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, TUDM dilaporkan akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian dalam masa terdekat. - Berita Harian

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content