Bakal Disaman RM4,800 Lepas Bagi Notis Berhenti Kerja 24 Jam

SHARE:

Tular ciapan seorang pekerja yang mendakwa bakal disaman sebanyak RM4,800 kerana gagal mematuhi kontrak pekerjaan. Dedahnya, dia memberikan ...

Tular ciapan seorang pekerja yang mendakwa bakal disaman sebanyak RM4,800 kerana gagal mematuhi kontrak pekerjaan.

Dedahnya, dia memberikan notis berhenti kerja 24 jam kepada majikan kerana mengalami serangan panik disebabkan bebanan kerja terlalu banyak.

“Hari pertama kerja, pengurus syarikat beri terlalu banyak kerja untuk disiapkan dalam masa singkat.

“Saya tidak pasti jika saya terlalu ‘manja’ sehingga semua perlu disuap. Tetapi, majikan langsung tidak latih saya dan bertindak lepas tangan.

Gambar hiasan

“Kerja berakhir pada pukul 6, tetapi pada pukul 5.20 petang, majikan suruh saya mencari ‘quotation’ (sebut harga) dan minta saya hantar pada hari yang sama. Majikan juga tidak beritahu apa spesifikasi barang yang dicari, jadi saya perlu Google semuanya.

“Namun, disebabkan hampir malam, kesemua kedai yang menjual barang tersebut sudah ditutup. Pada waktu itu, saya mengalami serangan panik sehingga tidak mampu berdiri.

“Setelah menelefon ibu, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja serta-merta.

“Saya tidak sangka bakal disaman kerana baru bekerja sehari. Saya juga tidak mampu membayar RM4,800 kerana ibu bapa tidak bekerja,” luah pekerja tersebut lagi.

Kini, ciapan itu telah menerima hampir 1,700 ciap semula.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter didapati mempunyai pendapat yang pelbagai. Ada yang menyebelahi individu tersebut, ada juga yang menyalahkannya kerana gagal mematuhi kontrak.

“Awak baru kerja sehari kan? Tidak munasabah untuk majikan menyaman sebanyak RM4,800 kerana mereka tidak mengalami sebarang kerugian.

“Benar, awak gagal mematuhi kontrak. Tetapi, tidak munasabahlah untuk saman sebanyak itu,” kata Lily.

“Tidak mengalami sebarang kerugian? Masa, peluang, semua itu memakan kos. Jawatan tersebut adalah untuk pekerja yang layak dan tidak manja. Tetapi, pekerja yang manja dan menyusahkan staf lain pula yang mendapat jawatan tersebut.

“Apa-apapun, baca kontrak telebih dahulu. Pastikan notis berhenti kerja menepati kontrak tersebut,” balas Daniel pula.

Sumber: KOSMO! ONLINE

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content