Sempena berada di kampung mentua di Kedah, kakak ipar saya cakap hendak sambut hari jadi anaknnya dan juga anak saya serta anak buah saya ya...
Sempena berada di kampung mentua di Kedah, kakak ipar saya cakap hendak sambut hari jadi anaknnya dan juga anak saya serta anak buah saya yang lain. Semua 3 orang sepupu ini beranak pada bulan Jun iaitu bulan 6 pada tahun yang sama.
Oleh itu saya berikan RM50 untuk kita sambut dengan membeli kek di Fairy Hot Bread & Cake House (Jitra) supaya anak saya dan anak buah saya berseronok bersama-sama dengan adik-beradik yang lain.
Niat berikan hadiah dalam bentuk duit dapat membeli kek supaya mereka akan ingat di dalam ingatan mereka ketika mereka besar kelak.
Di Fairy Hot Bread & Cake House (Jitra) terdapat pelbagai jenis kek yang tersedia untuk dibeli iaitu ready made. Kita boleh letak tulisan untuk apa contohnya "Selamat Hari Jadi" dan sebagainya.
Kedai Kek Fairy ini saya perasan ianya berada di kawasan negeri Kedah sahaja dan tidak ada berada di negeri lain. Saya kenal kedai kek ini pun disebabkan pernah tinggal disini pada waktu dahulu.
COMMENTS