$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Bercuti Di Tasik Villa International Resort Port Dickson

SHARE:

Di hujung minggu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Saya bersama dengan keluarga membuat planning last minute sebab nak pergi cuti ke tempat ...

Di hujung minggu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Saya bersama dengan keluarga membuat planning last minute sebab nak pergi cuti ke tempat yang menyeronokkan dan memberikan anak-anak saya juga gembira semasa bercuti dan memilih untuk bercuti di Tasik Villa International Resort Port Dickson.

Tasik Villa International Resort di Port Dickson ini ialah Hotel bertaraf 5 Bintang yang terdapat di Negeri Sembilan. Seperti yang lain iaitu Grand Lexis Port Dickson dan kemungkinan ada kolam renang peribadi di dalam bilik ataupun villa masing-masing.

Harga yang saya habis diwaktu hari biasa ialah RM360 dan hari cuti pula RM400 untuk pakej bilik Deluxe Jakuzi dan total kerugian yang saya habis pada minggu ini ialah RM760 untuk semua harga bilik tersebut.

Saya rancang pun untuk pergi ke situ pun tidak diduga dan masih ada bilik lagi selain daripada Lexis yang sentiasa penuh apabila hendak tempah saat terakhir.

Bilik yang saya pilih ini ada 2 katil king yang memboleh saya tidur 4 beranak saya di disitu teruk iaitu saya, isteri dan 2 orang anak saya. Memang selesa dan luas sebab katil saiz king ini besar. Kalau ada anak ramai itu rasa boleh muat lagi kalau anak masih kecil.

Dalam pakej percutian yang saya langgan untuk bilik Deluxe Jakuzi ini di Tasik Villa International Resort Port Dickson ada pakej Buffet Breakfast (Bufet Sarapan Pagi) untuk kesemua orang ahli keluarga saya kerana katil ada boleh muatkan 4 orang jadi makanan pun boleh masuk 4 orang.

Puas juga makan Buffet Breakfast ini kerana pelbagai tersedia seperti Mee, Nasi, Kuih, Sayur, Roti Canai dan pelbagai jenis lagi sampai kenyang sahaja nak makan pagi tu. Isteri saya sampai 3 jenis makanan terus ambil dan makanan kanak-kanak seperti cereal juga tersedia macam Coco Crunch dan Honey Star beserta susu.

Permandangan bilik di Deluxe Jakuzi ini juga menarik kerana boleh nampak hampir keseluruhan tasik kerana terletak di bangunan utama tempat Reception nak Check In ataupun Check Out. Hanya perlu naik lif sahaja dan terus kebilik.

Parking juga banyak tempat tersedia kerana setiap tempat seperti Family Villa, Water Chalet, 2-Room Villa dan VIP Villa mempunyai parking khas di tempat masing-masing dan tidak menganggu untuk saya yang melanggan Deluxe Jakuzi.

Boleh ajak anak anda bermain di Jakuzi 24 jam tanpa henti tapi jangan bagi mandi lama sangat takut kena demam selesema sahaja walaupun kita boleh ubah susu Jakuzi itu kepada sejuk atau panas. Main dengan air ini menyebabkan suhu badan kita berubah sentiasa.

Dibawah bangunan utama juga terdapat Kolam Renang Dewasa 1.2 Meter dan juga Kolam Renang Kanak-Kanak 0.6 Meter. Oleh itu mandilah puas-puas kalau dah rasa bosan dengan Jakuzi, sambung pula di kolam renang dibawah bangunan sahaja. Kalau tinggal di Water Chalet, tiada Jakuzi dan Kolam Renang Peribadi jadi terus ke kolam renang besar yang tersedia. Harga pun murah untuk bilik Water Chalet.

Percutian kali ini sangat bermakna buat saya beserta keluarga kerana saya pernah pergi ke Lexis Penang dan juga Lexis Hibiscus yang ada kolam renang peribadi. Dengan anak kecil saya ini hanya mandi sekejap sahaja dan orang kena teman kerana kolam agak dalam.

Apabila dengan Jakuzi ini kita duduk di luar sahaja dan anak-anak semua berendam di dalam Jakuzi dan membuat buih bubble di dalam Jakuzi. Habis sebotol sabun apabila berada disana. HAHA!

Kalau nak pergi bercuti di Port Dickson Negeri Sembilan boleh terus ke Tasik Villa International Resort ini kerana dia ibarat seperti Lexis juga. Boleh mandi-manda dan sebagainya. Itu yang anak anda mahukan? Kalau pergi berjalan saja, mereka cepat letih dan bosan.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content