Biadab! Pelawak Wanita Singapura Hina Malaysia, Buat Jenaka Isu Tragedi MH370

SHARE:

Pelawak Singapura dikecam hebat kerana mempersenda Malaysia dalam persembahannya. ISTILAH komedi bukanlah tiket untuk seseorang berjenaka ta...

Pelawak Singapura dikecam hebat kerana mempersenda Malaysia dalam persembahannya.

ISTILAH komedi bukanlah tiket untuk seseorang berjenaka tanpa mengira sensitiviti atau perkara yang boleh mencetuskan kontroversi.

Bagaimanapun, seorang pelawak solo wanita kelahiran Singapura tanpa rasa bersalah bertindak menghina Malaysia menerusi lawak jenaka yang dipersembahkan dalam sebuah program di negara terbabit pada Selasa.

Menerusi satu video berdurasi 1.29 saat yang tular di media sosial, pelawak yang dikenali sebagai Jocelyn Chia beberapa kali dengan sengaja mempersenda Malaysia dalam sketsa komedinya.


Wanita terbabit membangkitkan isu perkauman serta membandingkan kemajuan antara Malaysia dan negaranya.

Menurutnya, ekonomi Malaysia jauh lebih rendah dan masih dikategorikan sebagai negara yang sedang membangun, berbanding Singapura yang diiktiraf sebagai negara dunia pertama (first world country).

"Apabila perdana menteri saya muncul di televisyen untuk mengumumkan anda menyingkirkan kami, beliau menangis. Memikirkan kami tidak mampu bertahan tanpa kamu.

"Tapi 40 tahun kemudian, kami menjadi negara dunia pertama. Dan kamu pula jadi apa sekarang? Masih sebuah negara yang sedang membangun. Boooo," katanya.
Negara dunia pertama, mentaliti kelas ketiga... kesian. - NETIZEN
Selain itu, Jocelyn turut menyentuh isu kontroversi berkaitan tragedi kehilangan pesawat milik Malaysia, MH370, dalam komedi yang dipersembahkan.

"Kenapa kamu tidak melawat kami dalam 40 tahun? Ya, kamu cuba untuk itu tapi pesawat tak boleh terbang. Apa? Pesawat Malaysia hilang tak lucu? Some jokes don't land (Beberapa jenaka tidak menjadi), tapi ia menjadi di Singapura," ujarnya lagi.

Kedengaran penonton pada acara berkenaan memberikan tepukan gemuruh dan bersorak kerana terhibur dengan komedi yang dipersembahkannya.

Antara komen warga maya yang meluahkan rasa marah susulan tularnya video pelawak berkenaan.

Bagaimanapun, rata-rata warga maya khususnya rakyat Malaysia mengecam pelawak berkenaan dan menganggap lawak jenaka yang dipersembahkan bersifat agak keterlaluan serta tidak mengambil kira sensitiviti sesebuah negara.

Malah mereka menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap pelawak wanita tersebut ekoran tindakannya yang membuat penghinaan terang-terangan terhadap Malaysia.

"Komedi yang sangat low class. Kasihan kamu.

"Harap kita banned dia daripada masuk ke Malaysia dan guna produk Malaysia di Singapura juga.

"Negara dunia pertama, mentaliti kelas ketiga.

"Saya harap kerajaan kamu ambil tindakan," demikian antara komen netizen.

Sumber : https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2023/06/07/biadab-pelawak-wanita-singapura-hina-malaysia-buat-jenaka-isu-tragedi-mh370

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content