$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Bintang K-pop, Park Soo-ryun mati Jatuh Tangga

SHARE:

PARK SOO RYUN BUKAN bunuh diri atau pemergiaan yang meninggalkan tanda tanya kepada peminat seperti sering berlaku sebelum ini, dunia hibura...

PARK SOO RYUN

BUKAN bunuh diri atau pemergiaan yang meninggalkan tanda tanya kepada peminat seperti sering berlaku sebelum ini, dunia hiburan Korea Selatan, dikejutkan dengan kematian pelakon popular Park Soo-ryunakibat cedera parah selepas terjatuh dari tangga.

Pelakon berusia 29 tahun itu kemudiannya dikejarkan ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia, kelmarin akibat kegagalan fungsi otak.

Pemergian Ryun adalah berita mengejutkan bukan saja buat keluarganya, tetapi juga peminatnya.

Berdasarkan laporan media Korea Selatan, ibunya memaklumkan bahawa jantungnya masih berfungsi, namun otaknya gagal berfungsi.

Difahamkan, keluarganya bersetuju untuk mendermakan organ Ryun kepada mereka yang memerlukan.

“Pasti ada insan yang amat memerlukan organ. Sebagai ibu dan bapa, kami rasa tenang sekiranya organnya diberikan kepada insan yang memerlukan, ” katanya.

Sepanjang hayat, Soo-ryun dikenali sebagai penyanyi turut membintangi beberapa drama antaranya Siddhartha, Finding Mr Destiny, The Days We Loved dan banyak lagi.

Paling meninggalkan kesan adalah lakonannya dalam Snowdrop pada 2021 bersama-sama anggota Blackpink, Jisoo dan Jung Hae In.

Soo Ryun sepatutnya ke Pulau Jeju, semalam untuk membintangi drama muzikal terbaharunya.

Acara penghormatan terakhir Soo Ryun diadakan di Hospital Suwon, Gyeonggi Provincial Medical Centre, manakala upacara pengebumian dilaksanakan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content