$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Butik Pertama Di Dunia Dalam Kapal Terbang Di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka

SHARE:

Tiket masuk ke Coach Airways yang terletak di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka adalah percuma untuk setiap pengunjung. Freeport A’Famosa Out...


Tiket masuk ke Coach Airways yang terletak di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka adalah percuma untuk setiap pengunjung.





Freeport A’Famosa Outlet di Melaka kini mempunyai tarikan terbaharu kepada para pengunjung selepas satu butik jenama mewah tampil dengan cawangan terbaharu mereka yang sangat unik.
Pada 20 Mei lalu, butik terbaharu Coach membuka cawangan terbaharu mereka secara rasmi kepada orang ramai di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka di dalam sebuah kapal terbang yang diberi nama Coach Airways.

Untuk pengetahuan anda, Coach Airways ini merupakan satu-satunya cawangan pertama yang dibuka di dunia. Mesti ramai yang tertanya-tanya, ada apa dalam Coach Airways ini?

Kapal terbang yang diberi nombor CA1941 ini memberikan pengalaman unik kepada para pengunjung. Nak masuk ke dalam Coach Airways ini pun terasa macam nak naik ke dalam kapal terbang untuk pergi bercuti.

Macam-macam yang anda boleh buat di dalam Coach Airways ini.

Nak membeli-belah pun boleh kerana terdapat banyak koleksi terbaharu mereka termasuklah beg tangan, kasut, pakaian, dompet dan sebagainya dengan tawaran diskaun menarik.

Kalau sekadar nak ‘cuci mata’ pun apa salahnya kan?

Lebih menarik lagi, Coach Airways juga mempunyai Coach Cafe yang menawarkan minuman panas dan sejuk kepada para pengunjung untuk bersantai di dalam ‘kapal terbang’.

Macam Mana Nak Masuk Ke Coach Airways Ini?​

Menarik juga Coach Airways ini kan? Bolehlah ajak kawan-kawan atau ahli keluarga anda berkunjung ke Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet di Melaka.

Tapi macam mana nak masuk ke sini? Perlu bayar ke?


Tiket masuk ke Coach Airways ini adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan.
  • Lokasi: Freeport A’Famosa Outlet, Jalan Kemus , Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka.
  • Waktu operasi: 10:00am sehingga 9:45pm.
Sumber : CariGold

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content