Caj RM1 Kekal, Tiada Perbincangan Dibuat – Dr Zaliha

SHARE:

ZALIHA Mustafa (dua dari kanan) menerima replika kunci daripada Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (dua dari kiri)...

ZALIHA Mustafa (dua dari kanan) menerima replika kunci daripada Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (dua dari kiri) pada Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Mata Ayer, Machang, Kelantan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.

MACHANG: Kerajaan masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai caj kesihatan sebanyak RM1 yang dikenakan klinik kerajaan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, setakat caj tersebut masih dikekalkan dan ia perlu dilihat secara lebih mendalam berdasarkan keperluan rakyat.

“Setakat ini kita tidak ada sebarang perbincangan lagi untuk menaikkan caj tersebut, tetapi…untuk memperhalusi mengenai perkara tersebut ada.

“Perkara tersebut mungkin akan diperhalusi tetapi setakat ini kita kekalkan lagi dan ia perlu melihat kepada keperluan rakyat,”katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Mata Ayer di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan caj RM1 yang dikenakan klinik kesihatan kerajaan wajar dinaikkan kepada RM5 hingga RM20 kerana bayaran sedia ada disifatkan tidak masuk akal terutama ketika nilai kos rawatan semakin meningkat.

Kerajaan perlu me­nilai terlebih dahulu golongan yang patut membayar bayaran lebih tinggi bagi perkhidmatan di kli­nik kesihatannya sebelum kaedah bersasar dilaksanakan.

Dr. Zaliha Mustafa berkata, beliau mengakui caj RM1 yang diper­kenalkan sejak 1960-an ti­dak memadai, malah pada masa yang sama kerajaan perlu menanggung subsidi tinggi untuk kos rawatan kesihatan rakyat.

Sementara itu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan Mohd. Syahiran Muhammad berkata, kerajaan perlu membuat kajian secara lebih mendalam jika mahu menaikan kadar caj tersebut.

Katanya, rata-rata pengguna perkhidmatan di klinik kerajaan merupakan golongan yang kurang berkemampuan termasuklah penduduk kampung.

Seorang penduduk Zakiah Abdullah, 43, berkata, dia berharap kerajaan tidak menaikan caj tersebut yang disifatkan sudah baik untuk rakyat berpendapatan rendah.

Katanya, kenaikan kos sara hidup ketika ini menyebabkan golongan kurang berkemampuan berdepan tekanan.-UTUSAN

Sumber : https://www.utusan.com.my/berita/2023/06/caj-rm1-kekal-tiada-perbincangan-dibuat-dr-zaliha/

Betul dengan sara hidup sekarang ini pun makin mencabar terutamanya orang tua, orang tidak berkemampuan, orang miskin yang kadang-kadang memerlukan rawatan sampai bayar RM1 pun tidak mampu dan terus menangung kesakitan yang dialami.

Sebagai kerajaan yang prihatin caj RM1 itu saya rasa masih relevan dan kerajaan ada duit untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dengan cukai itu dan ini dikenakan kepada rakyat yang berada dan mempunyai duit.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content