Bagi yang baru habis belajar atau yang sedang mencari pekerjaan baru, resume dan CV amatlah penting sebagai dokumen untuk memohon pekerjaan ...
Bagi yang baru habis belajar atau yang sedang mencari pekerjaan baru, resume dan CV amatlah penting sebagai dokumen untuk memohon pekerjaan di mana-mana syarikat. Dengan menyediakan contoh resume terbaik kepada syarikat yang dipohon dapat memberikan first impression kepada bakal majikan sebelum anda dipanggil untuk sesi temuduga.
Kandungan resume merangkumi maklumat ringkas peribadi, pencapaian akademik, kemahiran dan beberapa maklumat yang perlu berdasarkan bidang pekerjaan yang dimohon. Ringkasan pengalaman bekerja juga mustahak kerana ia dapat memberikan gambaran kepada majikan untuk menilai kebolehan setiap individu.
Selain resume, ada sesetengah bakal majikan merlukan dokumen lain seperti curriculum vitae atau CV. Amatlah penting bagi anda terutamanya kepada graduan universiti dan kolej untuk mengetahui perbezaan resume dan CV bagi mengelakkan kesilapan sewaktu memohon pekerjaan sama ada di syarikat swasta ataupun dalam kerajaan.
Contoh Resume CV Terbaik
Kami akan menjelaskan cara untuk menyediakan contoh resume terbaik dan contoh curriculum vitae cv di bawah ini.
Beza Resume Dan CV
Perbezaan antara resume dan CV adalah seperti berikut:
Resume
CV (Curiculum vitae)
Satu muka surat
Dua atau tiga muka surat
Tiada format tetap
Terdapat format yang perlu diikuti
Gambar digalakkan
Tidak perlu untuk sertakan gambar
Maklumat yang berkaitan jawatan sahaja
Maklumat diri, pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, kemahiran dan rujukan hendaklah disertakan
Tidak perlu Cover Letter
Perlu sertakan Cover Letter
Ciri-Ciri Resume Terbaik
Berikut dikongsikan ciri-ciri resume terbaik yang mampu menarik minat majikan terhadap pencari kerja:
Hanya satu (1) mukasurat
Meletakkan gambar yang profesional
Meletakkan maklumat untuk berhubung yang lengkap seperti nombor telefon dan email
Pamerkan perkara yang berkaitan dengan pekerjaan yang dimohon sahaja
Senaraikan tahap pendidikan dan pengalaman bekerja mengikut turutan. Bermula daripada yang terkini dahulu
Gunakan font yang profesional seperti Sans Serif, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva. Saiz font yang sesuai adalah di antara 10 hingga 12Tips
Resume Terbaik
Untuk menghasilkan resume terbaik, anda boleh ikuti tips extra berikut dari kami:
Hadkan penggunaan warna dalam resume. Hanya menggunakan dua atau tiga warna yang mempunyai tona yang sama
Letakkan objektif yang ringkas serta berkaitan dengan jawatan yang dipohon
Pastikan tiada kesilapan tatabahasa dan ejaan
Tiada format yang tetap pada resume, bergantung kepada daya kreatif maing-masing untuk mereka bentuk resume
Download Contoh Template Resume Format Terkini 2020
Dibawah ini kami sediakan contoh pertama template resume terkini percuma untuk anda download dan edit dengan mudah menggunakan Microsoft Word.
Loaded All PostsNot found any postsVIEW ALLRead moreReplyCancel replyDeleteByHomePAGESPOSTSView AllRECOMMENDED FOR YOULABELARCHIVESEARCHALL POSTSNot found any post match with your requestBack HomeSundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturdaySunMonTueWedThuFriSatJanuaryFebruaryMarchAprilMayJuneJulyAugustSeptemberOctoberNovemberDecemberJanFebMarAprMayJunJulAugSepOctNovDecjust now1 minute ago$$1$$ minutes ago1 hour ago$$1$$ hours agoYesterday$$1$$ days ago$$1$$ weeks agomore than 5 weeks agoFollowersFollowTHIS PREMIUM CONTENT IS LOCKEDSTEP 1: Share to a social networkSTEP 2: Click the link on your social networkCopy All CodeSelect All CodeAll codes were copied to your clipboardCan not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copyTable of Content
COMMENTS