Saksikan telefilem Dahlia yang akan menemui penonton pada 5 Jun 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di ...
Saksikan telefilem Dahlia yang akan menemui penonton pada 5 Jun 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Telefilem yang membawa seni tari dari adat Minangkabau ini merupakan terbitan syarikat produksi Alfanazra Productions Sdn. Bhd., diarahkan oleh Khalid Nadzri dengan nukilan skrip bersama Mimi Zakaria, Ayu dan Panel Kashfy.
Barisan Pelakon
Telefilem Dahlia menampilkan barisan pelakon seperti Ezzaty Abdullah, Hairie Othman, Eliza Mustafa, Hairi Safwan, Laura Olivia, Abby Nadzri dan ramai lagi.
Watak Lakonan
Ezzaty Abdullah seabgai Dahlia
Hairie Othman sebagai Khalid
Hairi Safwan sebagai Hairi
Eliza Mustafa sebagai Seri
Abby Nadzri sebagai Haiza
Laura Olivia sebagai Nia
Sinopsis Dahlia
Telefilem Dahlia mengisahkan tentang Dahlia yang trauma melihat ibunya, Seri iaitu seorang penari randai sering dimarahi oleh bapanya.
Kemudian, kehadiran ayah tirinya Khalid telah memberikan kasih sayang seorang bapa yang diperlukannya tetapi hanya seketika.
Sikap bapa tirinya berubah setelah menghadapi kemalangan. Setelah Dahlia dewasa, dia menolak kebaikan bapa tirinya.
COMMENTS