Drama Adnan Runner Episod 1-13 (Akhir) Tonton

SHARE:

Saksikan drama terbaru Adnan Runner yang akan menemui penonton mulai 11 Mei 2023, bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam ...


Saksikan drama terbaru Adnan Runner yang akan menemui penonton mulai 11 Mei 2023, bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Drama bersiri 13 episod ini bakal bersiaran bagi menggantikan drama Bintang yang telah tamat siaran pada 10 Mei yang lalu dan digantikan dengan cerita ini.

Naskah ini merupakan terbitan syarikat produksi MIG Production Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Azmi Hatta.

Drama Adnan Runner menampilkan barisan pelakon seperti Imran Aqil, Bella Dowanna, Eleen Arisha, Wanns Ahmad, Elmy Moin, Kazar Saisi, Razdan Shamsudin dan ramai lagi.

Imran Aqil sebagai Adnan
Bella Dowanna sebagai Nadia
Wanns Ahmad sebagai Bobby
Eleen Arisha sebagai Wawa
Kazar Saisi sebagai Tuan Jenal
Elmy Moin sebagai Madi
Razdan Shamsudin sebagai Syakir

Sinopsis Drama Adnan Runner
Ianya mengisahkan tentang Adnan bersama rakan serumahnya iaitu Bobby yang terpaksa dihentikan dan dibuang kerja ekoran syarikat tempat mereka bekerja henti operasi kerana krisis kewangan dan diisytiharkan muflis.

Sekarang sudah menjadi penganggur untuk beberapa bulan dan pastinya mencari pekerjaan baharu bukanlah perkara yang mudah. Ditambah pula dengan sindiran yang dilontarkan oleh Roy terhadap mereka sehingga hampir bergaduh.

Desakan dari kekasih masing-masing, Nadia dan Wawa, juga menambah lagi tekanan yang dialami oleh kedua-dua jejaka ini. Mereka telah berusaha untuk mencuba beberapa jenis pekerjaan. Namun, mereka telah gagal dalam kesemuanya dan telah dipecat dalam masa beberapa hari sahaja.

Tidak lama kemudian, Bobby mendapat inspirasi untuk bekerja sebagai ‘runner’ setelah membuat pesanan makanan melalui aplikasi penghantaran. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, Adnan dan Bobby yang sememangnya gemar menunggang motosikal telah memulakan kerja tersebut dengan hati yang terbuka.

Namun, tanpa mereka berdua sedari, mereka sebenarnya telah membantu proses penjualan dadah bagi suatu sindiket. Penglibatan mereka yang tidak disengajakan itu telah menyebabkan pelbagai masalah.

Adnan dan Bobby telah nekad untuk bekerjasama dengan pihak polis bagi menumpaskan sindiket itu. Mampukah mereka menebus diri daripada mangsa tipu daya kepada hero keadaan?



Drama Adnan Runner Episod 1-13 (Akhir) Tonton

EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3 | EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13

Streaming Online Di Tonton.Com.My (Layan Drama Atas Talian)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content