Drama Andai Itu Takdirnya Episod 1-60 (Akhir) Tonton AstroGO

SHARE:

Saksikan drama Andai Itu Takdirnya yang akan menemui penonton mulai 6 Mac 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 mal...


Saksikan drama Andai Itu Takdirnya yang akan menemui penonton mulai 6 Mac 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Drama 60 episod ini bakal bersiaran bagi menggantikan Akira Khan sebelum ini yang telah tamat pada 2 Mac yang lalu dan dengan ini malam anda akan disajikan dengan sebuah naskah terbaru yang dikelurakan oleh Astro.

Kali ini kita bakal dapat saksikan sekali lagi gandingan mantap dan serasi antara Hanna Delisha dan Shukri Yahaya yang pastinya bakal memberikan yang terbaik dalam setiap lakonan yang disertai untuk disajikan kepada penonton

Naskah yang merupakan adaptasi novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah ini merupakan terbitan syarikat produksi SR One Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi Jamal Khan dengan nukilan skrip bersama daripada Wan Mahani Wan Hassan dan Liza Ali.

OST Drama

Sama seperti drama-drama keluaran SR One Sdn. Bhd. dimana kebiasaanya akan ada runut bunyi atau OST yang dikeluarkan bagi dijadikan lagu tema untuk sesebuah drama terbaru termasuk 'Andai Itu Takdirnya'

Lagu : Andai Itu Takdirnya
Penyanyi : Vanessa Reynauld
Komposer : Ejai Aziz & Kelana
Lirik : Siti Rosmizah


Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Andai Itu Takdirnya seperti Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Puteri Sarah Liyana, Dayang Areeda, Idzham Ismail, Atikah Suhaime, Hariz Hamdan, Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Esma Daniel, Laila Nasir, Razman Mahayuddin, Nur Dhia Irdina dan ramai lagi.

Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril
Hanna Delisha sebagai Aleya
Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin
Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
Idzham Ismail sebagai Ikram
Fahrin Ahmad sebagai Lukman Hakim
Aida Khalida sebagai Puan Sri Syarifah Aisyah
Esma Daniel sebagai Syed Rahim
Laila Nasir seabgai Sharifah Rosnah
Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen

Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya

Drama Andai Itu Takdirnya mengisahkan tentang Aleya iaitu seorang gadis berasal dari keluarga sederhana. Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdo iaitu Syed Adam Aizril.

Syed Aizril digilai ramai wanita kerana ketampanan dia. Berbeza dengan Aleya apabila kehidupan Syed Aizril dia yang kaya menjadikan dia seorang yang berlagak dan sombong. Ini pastinya disebabkan status kehidupan keluarganya.

Tanpa di duga telah berlaku satu insiden yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Mereka telah diperangkap oleh Faizal hingga ditangkap khalwat. Syed Aizril tidak boleh terima dia menuduh Aleya yang perangkap dia semata-mata hendak hidup senang.

Tidak lama selepas itu, Syed Aizril dan Aleya akhirnya disatukan dalam satu majlis pernikahan yang sederhana. Bapa Aleya iaitu Encik Idris begitu kecewa terhadap anak perempuannya tersebut, namun dia tetap hadir untuk mewalikan anaknya.


Ibu bapa Syed Aizril pun sama, mereka kecewa namun terpaksa menerima. Puan Sri Sharifah Aishah iaitu mama kepada Syed Aizril begitu membenci Aleya begitu juga dengan emak saudaranya, Sharifah Rosnah.

Sepupu Syed Aizril iaitu Sharifah Emilin yang sepatutnya menjadi isteri kepada Syed Aizril pada awalnya pun begitu kecewa kerana tidak dapat mengahwini pilihan hatinya. Aleya melalui dugaan dalam hidupnya dengan Syed Aizril menyeksa hidupnya.

Namun takdir penentu segalanya, Syed Aizril ditimpa kemalangan namun mampukah Aleya memaafkan semula lelaki yang telah menyeksa kehidupannya tanpa belas?

Tayangan Drama Andai Itu Takdirnya

Jadi untuk ketahui apakah kesudahannya, anda perlu tonton drama Andai Itu Takdirnya mulai 6 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di slot Megadrama di saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.


Drama Andai Itu Takdirnya Episod 1-60 (Akhir) Tonton AstroGO

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27 | Episod 28 | Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 34 | Episod 35 | Episod 36 | Episod 37 | Episod 38 | Episod 39 | Episod 40 | Episod 41 | Episod 42 | Episod 43 | Episod 44 | Episod 45 | Episod 46 | Episod 47 | Episod 48 | Episod 49 | Episod 50 | Episod 51 | Episod 52 | Episod 53 | Episod 54 | Episod 55 | Episod 56 | Episod 57 | Episod 58 | Episod 59 | Episod 60 (Akhir)

Streaming Online Di Tonton AstroGO (Layan Drama Atas Talian)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content