Drama Chinta Wrong Direction

SHARE:

Saksikan drama siri terbaru di slot Megadrama: Chinta Wrong Direction diinspirasikan daripada novel Chinta tulisan Norhayati Berahim bersiar...


Saksikan drama siri terbaru di slot Megadrama: Chinta Wrong Direction diinspirasikan daripada novel Chinta tulisan Norhayati Berahim bersiaran mulai 26 Jun ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.

Chinta Wrong Direction
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 26 Jun 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro Go / Sooka
Penulis Skrip: Rehal Nuharis & Bikash Nur Idris
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Juita Viden Sdn Bhd

Watak Pelakon
Hun Haqeem sebagai Raja Akid
Erysha Emyra sebagai Chinta
Raff Roslee sebagai Fuad
Kimberly Chuah sebagai Candy
Hazeeq Dean sebagai Saiful
Auni Yusri sebagai Farah
Ikhwan Khairudin sebagai Rodin
Hilal Azman sebagai Kamal
Shaza Bae sebagai Akma
Zarynn Min sebagai Nurseha
Wan Nor Azlin
Nada Nursyuhada
Azhar Amir
Sharifah Shahora
Faris Nabil
Lydiawati
Azhar Amir

Sinopsis Chinta Wrong Direction

Menyusuri kisah Chinta dan Raja Akid yang datang dari latar belakang keluarga pincang, namun membentuk dua peribadi yang berbeza hingga mereka saling melengkapi dalam mengatasi kekurangan diri dan menjayakan rumah tangga mereka.

Chinta seorang gadis yang bersikap sabar dan bersemangat walaupun ada halangan yang mendatang. Dia tidak pernah diterima oleh ayahnya tetapi hidupnya tetap bahagia dengan Chinta bertemu dengan Raja Akid yang pandai bergaya dan kaya. Namun Akid mempunyai trauma terhadap golongan perempuan. Berkenalan dengan Chinta membuat dia semakin selesa.

Akid seorang lelaki yang trauma dengan kecurangan ibunya, manakala Chinta seorang gadis yang dibesarkan oleh seorang bapa yang sering memukulnya. Apakah kesudahan kehidupan mereka?

Sinopsis Novel Chinta

Kisah tentang kehidupan Chinta sejak dari zaman kecilnya yang sering disisihkan oleh si ayah tanpa sebab yang jelas. Namun segalanya diterima dengan hati yang lapang oleh Chinta biarpun jiwanya begitu terluka dek sikap pilih kasih keterlaluan ayahnya. Segala kasih sayang dan harta benda hanya dicurahkan kepada Rodin, abangnya. Hatta sanggup menjual tanah demi membiayai pengajiannya di luar negara, sedangkan Chinta dinafikan haknya semahunya.

Namun Chinta tetap membesar sebagai anak yang mengenang jasa. Sentiasa bermanis muka dan berlemah-lembut melayan ibubapanya. Hingga akhirnya berjaya juga dia meroboh tembok batu ayahnya. Lebih-lebih lagi bila dibandingkan dengan Rodin yang langsung tidak menunjuk muka semasa senangnya.

Percintaannya dengan Saiful yang runtuh selepas lama berkawan sedikit sebanyak merobek perasaan Chinta. Kesetiaannya menunggu selama 10 tahun dengan mudah dileraikan kerana Saiful lebih mengejar kemewahan yang boleh didapati dengan mudah sekiranya dia mendampingi Akma. Chinta akur dengan ketentuannya.

Walaupun Chinta menerima lamaran Raja Akid demi menebus tanah pusaka yang digadai oleh si abang, namun pengakuan cinta Akid yang membuka hatinya dan Chinta juga mula belajar untuk mencintai suaminya setelah halalnya ikatan.

Luarannya tampak begitu bahagia, namun hakikatnya setelah berbulan berkahwin, masih ada rahsia peribadi yang tidak mampu diluahkan dan sikap Raja Akid yang bertukar berang tiap kali hal tersebut diajak berbincang, menyukarkan lagi jalan untuk mencari penyelesaian.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content