$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Drama Kampung Mat Saleh (TV3)

SHARE:

Kampung Mat Salleh terbitan Country Universal Sdn Bhd bakal bersiaran menerusi slot Sakura di TV3 bermula 18 Mei 2023, setiap hari Isnin hin...


Kampung Mat Salleh terbitan Country Universal Sdn Bhd bakal bersiaran menerusi slot Sakura di TV3 bermula 18 Mei 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang atau strim setiap episod di Disney+ Hotstar. Drama bersiri 20 episod arahan Hashim Rejab ini dibintangi oleh barisan pelakon muda dan berpengalaman seperti Aiman Nasir Wynne, Nelissa Nizam, Wanna Ali, Kazar Saisi, Wanns Ahmad, Kamarul Eqi, Fathil Dani, Mazlee Razalee dan Amy Nur Tinie.

Kampung Mat Saleh
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 18 Mei 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 6:00 petang
Rangkaian: Sakura TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Skrip: Azal Ezreen
Pengarah: Hashim Rejab
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Lagu Tema (OST): Hanya Kita Dua - Aizat Amdan

Watak Pelakon
Aiman Nasir Wynne sebagai Saleh / Faizal
Nelissa Nizam sebagai Zana
Wanna Ali sebagai Bedah
Kamarul Eqif sebagai Bulat
Fathil Dani sebagai Penghulu Ali
Kazar Saisi sebagai Tuan Shakur
Amy Nurtinie sebagai Mimi
Baelon sebagai Baelon
Izzul Faiq Zuhairi sebagai Sir Roy
Mazlee Razalee sebagai Che Din
Ieda Moin sebagai Mak Cik Restoran

Sinopsis Kampung Mat Saleh
Faizal (Aiman Nasir Wynne) mempunyai kehidupan yang normal sebagai seorang despatch di sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur dan mempunyai teman wanita iaitu Mimi. Setelah diarahkan oleh bosnya, Tuan Shakur, untuk menghantar sebuah bungkusan penting ke utara tanah air, Faizal terlibat dalam satu kemalangan yang telah membuatkan dia hilang ingatan dan menyebabkan dia lancar bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Tanpa arah tuju, Faizal tersesat ke sebuah kampung dan disalah anggap sebagai ‘mat saleh’ dek kerana rupa parasnya seperti orang yang berasal dari Eropah malah penduduk kampung memanggilnya dengan nama Saleh. Kehadiran Faizal di kampung tersebut bagai membawa rahmat kepada penduduk kampung. Kebetulan, mereka mengharapkan seseorang yang boleh mengajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana mereka akan menyertai satu pertandingan choral speaking. Walaubagaimanapun, ada penduduk kampung yang kurang senang dengan kehadiran Faizal di kampung mereka.

Bagaimanakah Faizal membantu penduduk kampung untuk fasih berbahasa Inggeris? Adakah identiti sebenar Faizal bakal terbongkar?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content