Drama Katakan Pada Dia (TV2)

SHARE:

Drama bersiri 'Katakan Pada Dia' diadaptasikan daripada sebuah novel popular terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, Selendang ...


Drama bersiri 'Katakan Pada Dia' diadaptasikan daripada sebuah novel popular terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, Selendang Anum karya Prof. Dr. Lim Swee Tin. Drama bersiri 26 episod terbitan Kalam Ariff Holdings Sdn Bhd arahan Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) ini menampilkan lakonan Izzue Islam, Nina KSC, JC, Janet Khoo, Ooi Liang Chia dan ramai lagi. Disiarkan mulai 12 Jun ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.00 malam di TV2.

Katakan Pada Dia
Episod: 26
Tarikh Tayangan: 12 Jun 2023
Waktu Siaran: Isnin & Selasa, 8.00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Skrip: Maizura Ederis & Cik Lee
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: KalamAriff Holdings Sdn Bhd

Watak Pelakon

Nina Kho sebagai Yoke Lin
Izzue Islam sebagai Johan
Amyza Aznan sebagai Prof Melah
Hashmithaa Selvam sebagai Uma
Janet Khoo sebagai Peggy
Jesse Lim sebagai Mr. Lee
Ooi Liang Chia sebagai Wong Yu
Shazia Rozaini sebagai Haslina
Silfeny Osman sebagai Sakinah
Sugeindhiran sebagai Shankar
Wanns Ahmad sebagai Rosli

Lagu OST: Katakan Pada Dia - Iskandar Projector Band feat Jasper Supayah

Sinopsis Katakan Pada Dia
Mengisahkan tentang kegigihan dan ketabahan hati Yoke Lin, seorang gadis remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM dan bercita-cita melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Dalam penantian menunggu keputusan itu, Yoke Lin mengisi waktu lapangnya dengan melibatkan diri dalam pementasan sebuah drama bertajuk ' Keris Pusaka' yang bertujuan mengutip derma bagi mengisi tabung membina asrama anak-anak yatim pelbagai kaum di tempatnya. Penglibatan Yoke Lin berlakon dalam drama Melayu dengan memegang watak Anum mendapat tentangan daripada bapanya tetapi mendapat sokongan daripada Encik Phang (yang bersikap terbuka), Sakinah, Aida, Mona dan sebagainya.

Yoke Lin sebagai generasi baru Malaysia berusaha menjayakan pementasan itu bertujuan menguatkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampungnya yang berbilang kaum. Akhirnya, selepas menempuh pelbagai halangan, ibunya memberi galakan dan diikuti oleh perubahan sikap bapanya yang menyokong kegiatan seni dramanya itu. Bapanya memberi selendang kepada Yoke Lin untuk digunakan dalam pementasan drama purba itu sebagai dorongan kepadanya agar usaha positifnya itu akan berjaya dengan cemerlang untuk mengutip derma bagi membina asrama anak-anak yatim semua kaum itu.


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content