Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod 1-28 (Akhir) Tonton Disney+ Hotstar

SHARE:

Drama adaptasi novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea kini mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Global Station dan diarahkan...


Drama adaptasi novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea kini mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Global Station dan diarahkan oleh Azri Izhar. Menampilkan Aedy Ashraf dan Nabila Razali selaku teraju utama. Drama Kerana Cinta Itu Ada bersiaran pada setiap hari bermula 28 Disember ini di TV3 atau boleh ditonton di Disney+ Hotstar.

Drama Kerana Cinta Itu Ada
Episod: 28
Waktu Siaran: Setiap hari, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Skrip: Sophilea & Zarihah Hassan
Pengarah: Azri Izhar
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Aedy Ashraf sebagai Aisy (Tengku Aisy Mateen)
Nabila Razali sebagai Bella (Nabila Aulia)
Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal
Dian P Ramlee sebagai Puan Arifah
Alvin Chong sebagai Rayyan
Syazuwan Hassan sebagai Zhafran
Raden Zaharatul sebagai Dayyan
Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia
Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah
Dato Shah Rezza sebagai Encik Nazri
Safura Yaakob sebagai Puan Hasni

Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada

Pertemuan Nabila Aulia ataupun Bella (Nabila Razali) dan Tengku Aisy Mateen (Aedy Ashraf) dimulakan dengan insiden pergaduhan kerana berebut bunga Lily di kedai bunga. Bella berhenti kerja di sebuah hotel dan pulang ke kampungnya. Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel milik bapanya setelah terdengar perbualan Zhafran (Syazuwan Hassan) dan ibu tirinya, Tengku Lydia (Emelda Rosemila) yang ingin membolot semua saham hotel bapanya. Keputusan ini telah membawa kepada pertemuan semula Aisy dan Bella yang kini menguruskan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina.

Zhafran memperkenalkan Dahlia (Puteri Khareeza) kepada ibu angkatnya, Tengku Lydia tapi Dahlia dihina oleh Tengku Lydia. Zhafran yang terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia mula mengejar cinta Bella dan tinggalkan Dahlia. Kedatangan Tengku Aisy telah menarik perhatian Dahlia. Dahlia cuba memikat Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya. Dahlia semakin membenci Bella tetapi dia masih berbuat baik dengan Bella demi kepentingannya.

Menjelang hari pernikahan, Bella difitnah mempunyai hubungan dengan Rayyan (Alvin Chong). Oleh kerana trauma dengan kecurangan bekas tunang, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir secara rasional. Aisy mahu memutuskan pertunangan namun Bella merayu Aisy untuk hadir ke majlis pernikahan demi maruah ibu bapanya. Aisy bersetuju dengan mengenakan syarat pada Bella. Aisy menyakiti hati Bella dengan tindakan memilih Dahlia. Bella semakin terluka melihat Aisy dan Dahlia. Bella nekad sambung belajar dan meninggalkan surat untuk Aisy melepaskannya. Setelah beberapa tahun, Bella pulang ke Malaysia dan terkejut bahawa dia masih isteri yang sah kepada Aisy.

Masihkah ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya? Dapatkah Bella menerima Aisy kembali sebagai suaminya? Apakah yang terjadi kepada Dahlia yang sanggup mengkhianati sahabat baik demi kepentingan diri?


Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod 1-28 (Akhir) Tonton Disney+ Hotstar

EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3 | EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13 | EPISOD 14 | EPISOD 15 | EPISOD 16 | EPISOD 17 | EPISOD 18 | EPISOD 19 | EPISOD 20 | EPISOD 21 | EPISOD 22 | EPISOD 23 | EPISOD 24 | EPISOD 25 | EPISOD 26 | EPISOD 27 | EPISOD 28 (AKHIR)

Streaming Online Di Tonton Disney+ Hotstar (Layan Drama Atas Talian)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content