Drama Malam Zulaikha Episod 1-15 (Akhir) Tonton

SHARE:

Saksikan drama terbaru Malam Zulaikha yang akan menemui penonton mulai 8 Jun 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 mala...


Saksikan drama terbaru Malam Zulaikha yang akan menemui penonton mulai 8 Jun 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Drama siri 15 episod yang bakal bersiaran menggantikan Bunga, Aku Tunggu ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua, dengan nukilan skrip dariapda Syed Mohamad Taufik.

OST Drama
Tajuk : Darah
Artis : Masha Milan
Komposer : Naim Daniel & Firdaus Rahmat
Lirik : Naim Daniel & Firdaus Rahmat

Barisan Pelakon
Drama Malam Zulaikha menampilkan barisan pelakon seperti Sweet Qismina, Adam Lee, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Amyza Aznan, Ku Faridah, Datin Maria Farida, Fiza Thomas, Vanida Imran, Rashidah Jaafar, Syahmie Thsaqeef, Mikael Noah, Dayani Syah, Zalela Kadir dan ramai lagi.

Watak Lakonan
Sweet Qismina sebagai Zulaikha
Adam Lee sebagai Izmir
Rahim Jailani sebagai Rahim
Dilla Ahmad sebagai Juhara
Vanida Imran sebagai Wangi
Amyza Aznan sebagai Suria
Ku Faridah sebagai Engku Salbiah
Datin Maria Farida sebagai Mustika
Fiza Thomas sebagai Farah
Rashidah Jaafar sebagai Maksom
Syahmie Thsaqeef sebagai Haikal

Sinopsis Drama Malam Zulaikha
Ianya mengisahkan tentang Zulaikha iaitu seorang gadis 20 tahun yang sering mengalami gangguan mistik dalam hidupnya sejak dari kecil lagi.

Menyedari perkara ini, Izmir iaitu rakan baiknya telah mengatur pertemuan antara Zulaikha dengan bapanya, Ustaz Rahim. Beliau adalah seorang pakar dalam ilmu perubatan islam.

Menerusi pertemuan tersebut, Ustaz Rahim telah mengesahkan Zulaikha mempunyai pendamping yang diwariskan kepadanya. Disebabkan itu, Zulaikha bersama Izrmir pulang ke kampungnya demi mencari kebenaran.

Di kampung itu, mereka telah bertemu dengan nenek Zulaikha yang bernama Engku Salbiah. Kehadiran Zulaikha telah mencetuskan rasa curiga yang mendalam buat Engku Salbiah.

Ini kerana 20 tahun yang lalu, dia telah menyihir menantunya, Suria supaya mandul dan tidak mampu melahirkan anak. Maka tidak hairanlah yang Engku Salbiah tidak percaya bahawa Zulaikha adalah zuriat anak lelakinya, Ali.

Namun, kisah silam telah dibangkitkan dengan pendedahan oleh Mak Som iaitu bidan yang telah menyambut kelahiran Zulaikha. Apakah yang bakal terjadi kepada kehidupan Zulaikha selepas ini?

Drama Malam Zulaikha Episod 1-15 (Akhir) Tonton


Streaming Online Di Tonton.Com.My (Layan Drama Atas Talian)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content