Drama Presiden Kampung Morten Episod 1-10 (Akhir) Tonton

SHARE:

Drama Presiden Kampung Morten Jumlah episod : 10 Mula siaran : 17 April 202 Siaran TV/ Platform penstriman : Tonton Penulis skrip : Farhana ...

Drama Presiden Kampung Morten
Jumlah episod : 10
Mula siaran : 17 April 202
Siaran TV/ Platform penstriman : Tonton
Penulis skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Harris Fadzillah
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.


Baris Pelakon
Didie Alias, Ozlynn Waty, Bell Ngasri, Jaafar Onn, Ieda Moin, Alif Muhaimin, Sheila Mambo, Seha Monica, Ucop Cecupak, Norman Hakim, Chacha Maembong dan ramai lagi.

Watak Pelakon
Didie Alias sebagai Kiambang
Ozlynn Waty sebagai Manisah
Bell Ngasri sebagai Man Tapau
Jaafar Onn sebagai Tok Ketua
Ieda Moin sebagai Kiah Tumis
Alif Muhaimin sebagai Hassan
Sheila Mambo sebagai Che Embun
Seha Monica sebagai Mak Tun
Ucop Cecupak sebagai Pak Sood
Norman Hakim sebagai Mudim Sado
Chacha Maembong sebagai Gadis Cantik

Sinopsis Drama Presiden Kampung Morten
Mengisahkan tentang ragam Manisah dan Kiambang yang ingin merebut jawatan presiden Persatuan Wanita Kampung Morten, sebuah persatuan yang aktif memperjuangkan nasib penduduk wanita di kampung mereka yang bernama Kampung Lemak Manis.

Kewujudan persatuan tersebut telah berjaya mengurangkan kes penganiayaan wanita pelbagai peringkat umur sehinggakan jejaka yang berada di kampung tersebut berasa takut dan tidak berani untuk menyakiti mereka kerana bimbang akan diserang oleh ahli-ahli persatuan berkenaan.

Konflik bermula apabila Manisah tidak berpuas hati dengan nasib menimpa ibunya, Che Embun yang telah dilucutkan jawatan sebagai presiden persatuan tersebut selepas dituduh terlibat dalam skandal dengan Tok Mudim Sado.

Berita yang tidak benar itu sebenarnya telah pun disebarkan Naib Presiden ketika itu, Kiah Tumis yang membawa kepada pelantikannya sebagai presiden Persatuan Wanita Kampung Morten yang baharu. Pelantikan Kiah sebagai presiden yang baharu juga telah menyebabkan Kiambang yang merupakan orang kanan kepada Kiah dilantik sebagai Naib Presiden yang baharu.

Perkara ini menyebabkan Manisah tidak berpuas hati dan ingin menuntut bela kejadian yang menimpa Che Embun dengan merampas kembali hak ibunya. Namun, perkara tersebut tidaklah mudah kerana Kiah yang telah menyandang jawatan tersebut selama dua tahun berturut-turut begitu bagus dalam menjalankan tugasnya.

Jadi, apakah strategi yang akan digunakan Manisah dan adakah dia berjaya untuk merampas takhta ibunya yang telah dirampas sebelum ini?

Saksikan drama Tonton Original Presiden Kampung Morten mulai 17 April 2023 di platform Tonton.

Drama Presiden Kampung Morten Episod 1-10 (Akhir) Tonton

EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3 | EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 (AKHIR)

Streaming Online Di Tonton.Com.My (Layan Drama Atas Talian)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content