Drama Sorry Naik Lori

SHARE:

iQIYI akan melancarkan siri original tempatan terbaharu berjudul Sorry Naik Lori yang bakal ditayangkan pada 4 November 2022. Drama romantik...

iQIYI akan melancarkan siri original tempatan terbaharu berjudul Sorry Naik Lori yang bakal ditayangkan pada 4 November 2022. Drama romantik komedi ini menampilkan pelakon Nazim Othman yang memegang karakter sebagai individu yang ketinggalan zaman dan ‘buta’ media sosial bernama Khairul, manakala Nadia lakonan Ruhainies adalah wanita moden yang bercita-cita menjadi influencer.

Saksikan kisah aksi dan suka duka yang akan membawa anda mengenali diri, cinta zaman muda dan usaha mengejar impian. Sorry Naik Lori akan ditayangkan bermula 4 November 2022 secara eksklusif di aplikasi iQIYI dan iQIYI International (www.iq.com) bersama episod baharu yang akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu.

Sorry Naik Lori
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 4 November 2022
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu
Rangkaian: iQiyi
Skrip: Afmy & Mariana Hashim
Pengarah: Aidilfitri Mohamed Yunos
Produksi: Tsar Asia Sdn Bhd
Lagu OST: Layar - Serra Kamal

Watak Pelakon
Nazim Othman sebagai Khairul
Ruhainies sebagai Nadia
Asha Zainul sebagai Shikin
Tajul Arif Noor sebagai Talib
Nafiz Muaz sebagai John
Fattah Ali sebagai Mamu King
Sky Iskandar sebagai Khai
Shakira Stephen sebagai Anita Aziz
Ahmad Saffuan Mohd Salehuddin Lotfi sebagai Narrator
Phirdaus Khardini sebagai Lobb
Nadia Kesuma sebagai Cik Dll

Sinopsis Sorry Naik Lori
Kisah hidup Khairul, pemandu lori muda yang menetap di Pulau Pinang dan ‘alah’ kepada media sosial, namun isterinya, Nadia pula bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang influencer. Selepas siaran video secara rawak di aplikasi NikNok membabitkan Nadia di restoran Pasembur ibunya menjadi tular, dia menerima pelbagai tawaran daripada agensi pencari bakat tetapi perlu merahsiakan hubungan dan status perkahwinannya kepada orang ramai.

Nadia menolak nasihat suaminya dan memutuskan untuk terus mengejar impian dengan sokongan keluarganya. Tanpa disedari, Khairul pula cuba memasuki dunia viral dan kemasyhuran media sosial tetapi dalam masa sama cuba mempertahankan hubungan perkahwinannya.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content