Dua Kali Buat hal, PDRM Sahkan Pegawai Polis Wanita Ditahan

SHARE:

Wanita yang sama sekali lagi kembali panas di media sosial kerana bergaduh mulut dengan orang awam di sebuah parkir pusat membeli belah pada...

Wanita yang sama sekali lagi kembali panas di media sosial kerana bergaduh mulut dengan orang awam di sebuah parkir pusat membeli belah pada Sabtu.

GOMBAK - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan melakukan tangkapan ke atas seorang pegawai polis wanita berkait kes ugutan jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bertindak atas maklumat, bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah membuat satu tangkapan pada Ahad jam 1.20 petang.

Beliau berkata, tangkapan itu melibatkan seorang pegawai kanan berusia 35 tahun.

"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit bagi tujuan membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

"Suspek akan dilepaskan dengan diberi jaminan polis selepas siasatan lengkap dijalankan, memandangkan terdapat satu lagi report (laporan) polis yang dibuat melibatkan suspek yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, seorang penjawat awam wanita yang dipercayai seorang pegawai polis tular di media sosial kerana didakwa menghina anggota polis berpangkat rendah di Gombak.

Wanita yang sama sekali lagi kembali panas di media sosial kerana bergaduh mulut dengan orang awam di sebuah parkir pusat membeli belah pada Sabtu. - Sinar Harian

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content