e-Tunai Belia Rahmah : Tarikh, Syarat & Cara Penebusan Kredit ~ Malaysia Madani 2023

SHARE:

 e-Tunai Belia Rahmah : Tarikh, Syarat & Cara Penebusan Kredit Kerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan pe...

 e-Tunai Belia Rahmah : Tarikh, Syarat & Cara Penebusan Kredit

Kerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.

Terkini, bantuan e-tunai Belia Rahmah telah diperluaskan kepada SEMUA MAHASISWA yang berkelayakan, dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut dan siaran media rasmi oleh Kementerian Kewangan mengenai eBeliaRahmah 2023.


Pengenalan e-Tunai Belia Rahmah

Inisiatif eTunai Belia Rahmah ini merupakan inisiatif tahunan Kerajaan yang pernah ditawarkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022 (e-Pemula).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Kementerian Kewangan menjelaskan, pemberian ba

Bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan bermula pada Jun 2023.

“Bantuan e-dompet itu telah diperluas kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun sebagaimana pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pihak MOF dengan kerjasama kementerian yang terlibat kini dalam proses memuktamadkan dengan penyediaan perkhidmatan e-dompet berhubung pembangunan sistem data program ini termasuk keperluan pengajian sebelum pelancarannya pada hujung bulan Jun kelak.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan bahawa mahasiswa universiti merayu kerajaan segera menyalurkan bantuan RM200 e-dompet kepada mereka seperti diumumkan Perdana Menteri pada 7 April lalu.

Menurut mereka, bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban dan berhadapan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus.

Sementara itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi ketika dihubungi berkata, segala keputusan berkaitan pemberian e-dompet RM200 kepada mahasiswa itu, akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.


Tarikh Permohonan / Penebusan

Bantuan E-tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 boleh ditebus mulai 26 Jun 2023.

Tarikh Permohonan / Penebusan

Bantuan E-tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 boleh ditebus mulai 26 Jun 2023.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing- masing.

Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18-20 tahun pada 2023; atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia*

*Nota: Institusi pendidikan di Malaysia Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk:

  • Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
  • Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
  • Senior Middle 3
  • Sijil Tinggi Agama (STAM)
  • Diploma Kolej Vokasional
  • Diploma dan setara institusi TVET
  • Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
  • A-Level
  • International Baccalaureate Diploma
  • Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
  • Diploma Lanjutan
  • Sarjana Muda dan setaraf
  • Sarjana dan setaraf
  • Doktor Falsafah dan setaraf
  • Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia

Rujuk siaran media rasmi berikut:




Cara Memohon e-Tunai Belia Rahmah 2023

Belia warganegara yang layak boleh membuat penebusan melalui 3 aplikasi berikut:

  1. Boost
  2. Touch n Go
  3. Setel

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos depan.


EBELIA RAHMAH TOUCH N GO

Bagi pengguna TNG, jom prepare eWallet anda sekarang!

Pastikan anda boleh login & verify eWallet untuk tebus kredit eBeliaRahmah RM200 & baucar-baucar ganjaran pada hari Isnin 26 Jun 2023 nanti!

Ketahui lebih di https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/900001095086-Pengesahan-Akaun-eKYC-

Video Tutorial Youtube : https://youtu.be/G8g0tH21XJA

Sahkan akaun eWallet anda hari ini di https://touchngoewallet.onelink.me/8mmV/eKYC

Cara penebusan e-Tunai secara terperinci akan dimaklumkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet yang terbabit dalam masa terdekat.


Info lanjut:

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/etunai-rahmah.html

👆👆👆👆👆👆


sumber:ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content