Ebit Lew Didakwa Hantar 436 Gambar Lucah, Saksi Dedah 4 Video & 219 ‘Screenshot’ Bukti Dalam Telefon

SHARE:

Kes berkaitan pendakwah bebas, Ebit Lew kini semakin hangat apabila sejumlah 436 gambar diperoleh daripada telefon bimbit jenama Samsung Ga...

Kes berkaitan pendakwah bebas, Ebit Lew kini semakin hangat apabila sejumlah 436 gambar diperoleh daripada telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A31 yang dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Menurut laporan Berita Harian, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM, Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz iaitu saksi ketujuh kes berkenaan.

Bukan itu sahaja, saksi ketujuh itu berkata terdapat 4 rakaman video dan 219 gambar tangkap layar juga diperoleh daripada telefon bimbit tersebut.


Menurut Latifah, beliau mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuat analisa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit itu sebelum menyalin data ke dalam dua cakera padat PDRM.

Tambahnya lagi, satu CD itu tersimpan 436 gambar berserta 4 rakaman video, manakala satu CD lagi adalah 219 gambar tangkap layar daripada aplikasi WhatsApp.
Advertisement

Malah, saksi ketujuh itu juga turut memberitahu bahawa hasil pemerhatiannya mendapati 4 video yang ditayangkan dalam mahkamah tidak mengalami sebarang pengubahsuaian.


Terdahulu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berdepan 11 pertuduhan antaranya menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp pada Mac dan Jun 2021 lalu.

Sumber : https://beautifulnara.com/ebit-lew-didakwa-hantar-436-gambar-lucah-saksi-dedah-4-video-219-screenshot-bukti-dalam-telefon/

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content