Filem Raya Heist Tonton

SHARE:

Saksikan filem Original Raya Heist yang akan menemui penonton mulai 10 Mei 2023 (raya kesembilan belas), bersiaran pada hari Rabu dan seteru...


Saksikan filem Original Raya Heist yang akan menemui penonton mulai 10 Mei 2023 (raya kesembilan belas), bersiaran pada hari Rabu dan seterusnya secara eksklusif di lama penstriman watch.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Untuk saksikannya, anda perlu langgan Tonton dengan harga bermula RM9.90 sebulan dan boleh menonton pada bila-bila masa secara berulang-ulang.

Super-telefilem yang diterbitkan sempena Hari Raya ini merupakan terbitan syarikat produksi Razor Edge, diarahkan oleh Dato' Prof Dr. A Razak Mohaideen dengan nukilan skrip daripada Hafiz Abdullah.

Filem Raya Heist menampilkan barisan pelakon seperti Nora Danish, Hazama, Fad Bocey, Amir Raja Lawak, Aziz M. Osman, Md Salleh, Fiza Halim, Kuna Muzani, Suky San, Kaweng, Atira Karma dan ramai lagi.

Nora Danish sebagai Nor
Hazama sebagai Dollah
Fad Bocey sebagai Borhan
Amir Raja Lawak sebagai Amir
Aziz M. Osman sebagai Hj. Osman
Md Salleh sebagai Agus Bodyguard
Fiza Halim sebagai Munah
Kuna Muzani sebagai Mak Leha
Suky San sebagai Ustaz Hashim

Sinopsis Filem Raya Heist

Ianya mengisahkan tentang tiga sekawan yang membesar bersama iaitu Nor, Dollah dan Borhan yang mana mereka telah melalui pelbagai detik bersama termasuklah menjalankan aktiviti nakal seperti mencuri kambing dan hasil tanaman orang kampung. Namun, kehidupan masing-masing telah membawa haluan yang berbeza.

Selepas 25 tahun, mereka telah berjumpa kembali di majlis pengebumian Ustaz Hashim. Hj Osman yang merupakan seorang ahli perniagaan dan orang kaya di kampung itu dipercayai menjadi punca serangan jantung Ustaz Hashim. Dia telah dipercayai menipu bukan sahaja Ustaz Hashim malah ramai lagi orang kampung.

Apabila mendapat tahu punca kematian mentor tersayang itu, rasa marah mula meluap-luap dalam diri Borhan. Dia nekad untuk membalas dendam atas kematian Ustaz Hashim. Walaupun berat hati, Dollah dan Nor juga bersetuju untuk menyertai misi Borhan ini.

Menurut buah mulut orang kampung, Hj Osman memiliki jongkong-jongkong emas yang disimpan di dalam sebuah peti besi. Emas-emas itulah yang menjadi sasaran Borhan, Dollah dan Nor. Mereka juga mendapat bantuan rakan mereka yang bernama Amir. Amir merupakan seorang pakar gajet.

Menjelangnya malam raya pada setiap tahun, Hj Osman pasti akan menganjurkan sebuah kenduri marhaban di rumahnya. Waktu itulah trio ini bakal menjalankan rompakan mereka.

Mampukah mereka bertiga dengan bantuan Amir berjaya menyelesaikan misi rompakan ini?


Streaming Online Di Tonton.Com.My (Layan Filem Atas Talian)
https://watch.tonton.com.my/#/movie/raya-heist

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content