“Filem ‘Sue-On’ Adalah Tribute Buat Allahyarham Mamat Khalid” – Awie ~ Al-Kesah nya si Hantu "Sue-On" tersesat di Taiping PERAK

SHARE:

Al-Kesah nya si Hantu "Sue-On" tersesat di Taiping PERAK Tidak dinafikan nashkah bercorak seram komedi masih lagi menjadi pilihan ...

Al-Kesah nya si Hantu "Sue-On" tersesat di Taiping PERAK

Tidak dinafikan nashkah bercorak seram komedi masih lagi menjadi pilihan penonton-penonton untuk menonton filem di pawagam.

Ternyata ia menjadi pilihan buat Dato Awie selaku pemilik syarikat Rumah Produksi Merah untuk menghasilkan filem Sue-On.

Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.

“Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi.

“Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan akhirnya terhasilnya filem Sue-On,” ujarnya.

Mengambil inspirasi kepada sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem terbaharu terbitannya itu, Awie memberitahu Sue-On adalah sebuah filem yang cukup santai dan saya mengambil ilham seperti filem yang pernah dihasilkan Allahyarham Mamat Khalid.

Malah, Awie juga menyatakan pembikinan filem Sue-On ini adalah tribute kepada Allahyarham yang telah menaikkan namanya selaku seorang pelakon komedi seram.

“Saya menghasilkan filem ini adalah untuk meneruskan legasi arwah. Apa yang pernah arwah buat dahulu kami akan teruskan,” jelasnya.

Ujarnya, sebagai seorang penerbit, dia meletakkan harapan agar filem Sue-On ini dapat menambat hati penonton.

“Selain saya, mereka yang terlibat dalam filem ini termasuk pengarah, pelakon dan kru juga pasti mahu melihat kejayaan filem ini.

“Jika filem Sue-On ini mendapat sambutan yang baik, ia akan memberi peluang kepada saya untuk menerbitkan lebih banyak filem pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Razif Ajiboy Rashid selaku pengarah berkata, dia menjadikan arwah Mamat Khalid sebagai inspirasi untuk dia menghasilkan filem Sue-On ini.

Menganggap allahyarham sebagai ‘sifu’ dalam bidang pengarahan, tidak dinafikan dia banyak menjadikan filem-filem arahan Mamat Khalid sebagai rujukan.

“Sebenarnya apabila filem Sue-On ini dibuat , ia adalah satu penghormatan buat sifu dan juga abang saya dalam dunia seni iaitu Allayharham Mamat Khalid dan saya banyak membesar dengan filem-filem beliau.

“Malah, saya mengenali dunia filem secara lebih mendalam pun daripada beliau. Jadi, sedikit sebanyak hasil tangan ini terbaharu saya ini mendapat inspirasi daripada filem-filemnya,” ujarnya.

Razif berkata, penggambaran filem berkenaan dilakukan pada November hingga Disember 2021 di Taiping, Perak.

Dalam pada itu, Razif juga mengakui dia tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran tertentu sepanjang menghasilkan filem Sue-On.

Antaranya, dia perlu memikirkan cara yang terbaik agar filem arahannya itu dihasilkan dengan cerita yang cukup santai dan mampu menghiburkan penonton.

“Kalau ditanya tentang cabaran ketika penggambaran, paling utama adalah cuaca memandangkan Taiping adalah kawasan tadahan hujan.

“Namun, cabaran sebagai pengarah pula pastinya adalah mahu memastikan filem ini betul-betul dapat menarik penonton ke panggung.

“Apa-apapun saya berasa sangat beruntung kerana penerbit sendiri iaitu Dato Awie banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu kepada saya,” jelasnya.

Menampilkan ramai barisan pelakon-pelakon hebat tanah air, Sue-On akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 6 JULAI 2023.


“Filem ‘Sue-On’ Adalah Tribute Buat Allahyarham Mamat Khalid” – Awie


Filem Sue-On terbitan Rumah Produksi Merah dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Dato Awie, Reen Rahim, Ropie, Shawani, Erra Fazira dan ramai lagi. Filem seram ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 6 Julai 2023.

Sue-On
  • Tarikh Tayangan: 6 Julai 2023
  • Pengarah: Razif Ajiboy Rashid 
  • Terbitan: Rumah Produksi Merah

Watak Pelakon  
  • Dato’ Awie sebagai Mat Dosa
  • Reen Rahim sebagai Sue-on
  • Ropie sebagai Missnin
  • Shawani sebagai Wanu
  • Alif Rafiq sebagai Alip
  • Shaifullah sebagai Jimi
  • Azlee Senario sebagai Yb Li
  • Nazia Mustafar sebagai Cik Yah
  • Joey Daud sebagai Mat Motor
  • Achey sebagai Pocong
  • Amy Nur Tinie sebagai Pontianak
  • Kamarul Yusoff 
 
Penampilan Khas
  • Hajjah Erra Fazira 
  • Kumpulan Wings

Sinopsis Sue-On
Sue-On seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen. Pada satu malam nasib Sue-On Ddak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin tv, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama, mematikan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan tidak boleh pulang ke tempat asalnya. Sue-On berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan pulang ke tempat asalnya dengan mencari sesiapa sahaja yang sedang menonton filem Sue-On. Nak dijadikan cerita, ketika Sue-On sedang mencuri masuk ke dalam satu rumah, kewujudan Sue-On telah disedari oleh sepasang suami isteri yang pada ketika itu sedang menonton filem Hantu Kampung Sebelah. Oleh kerana takut diapa-apakan, Sue-On mengambil keputusan untuk melompat masuk kedalam skrin tv itu. Pasangan suami isteri itu terus memadamkan tv mereka. Kini Sue-On terperangkap di Kampung Sebelah.

TRAILER

sumber:youtube.com/kakimuvee.net/myinfotaip.com

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content