GoDigital Sarawak 2023: Permohonan Geran Pendigitalan Perniagaan PKS

SHARE:

GoDigital Sarawak merupakan sebuah inisiatif oleh kerajaan negeri Sarawak ke arah pendigital perniagaan kecil dan sederhana di negeri itu. G...


GoDigital Sarawak merupakan sebuah inisiatif oleh kerajaan negeri Sarawak ke arah pendigital perniagaan kecil dan sederhana di negeri itu.

GoDigital Sarawak merupakan satu inisiatif yang diasaskan oleh MINTRED, dikuasakan oleh SDEC bertujuan untuk membiaya alatan teknologi kepada MSMEs Sarawak bagi mendigitalkan perniagaan mereka.

Pengenalan GoDigital Sarawak

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 telah diumumkan oleh Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan, Timbalan Perdana Menteri Sarawak.

BKSS 5.0 memperkenalkan program GoDigital Sarawak dengan matlamat utama untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) dengan Pendigitalan perniagaan mereka.

Jenis bantuan

Inisiatif GoDigital Sarawak menyediakan geran kepada PKS yang terlibat dalam Keusahawanan Digital untuk membeli perkakasan dan perisian dengan nilai sehingga RM10,000.00.

Matlamat dan objektif

Objektif dan matlamat utama insiaftif GoDigital Sarawak oleh kerajaan Sarawak ini adalah:
  • Membantu Usahawan yang terkesan dengan Pandemik COVID-19
  • Untuk membangunkan usahawan sedia digital di seluruh Sarawak
  • Untuk merealisasikan usaha pendigitalan Kerajaan Negeri
Tempoh permohonan


Bagi tahun 2023, permohonan GoDigital Sarawak telahpun dibuka.

Tempoh permohonan: 12 Jun 2023 hingga 12 Julai 2023

Sila ambil perhatian bahawa setiap pengguna hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.

Pemohon akan dihubungi bagi memaklumkan status permohonan mereka dalam masa yang sesuai.

Cara mendaftar

Segala proses permohonan bagi geran GoDigital Sarawak ini hanya boleh dibuat melalui halaman https://go.sarawak.digital/

Bagi pengguna baru, anda dikehendaki mendaftarkan akaun terlebih dahulu sebelum boleh menghantar permohonan anda bagi geran ini.

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftarkan akaun GoDigital Sarawak anda:
  1. Klik butang “Register Now” untuk mendaftar
  2. Isikan butiran anda dalam borang pendaftaran (Registration Form)
  3. Pilih medium komunikasi pilihan (SMS atau Whatsapp) dan kategori perniagaan
  4. Klik butang Next
  5. Masukkan dan sahkan kata laluan anda.
  6. Sila klik pada persetujuan terma dan syarat untuk meneruskan.
  7. Klik butang ‘Submit’ untuk melengkapkan proses pendaftaran.
Sila semak emel anda untuk pengesahan pendaftaran.

Cara memohon

Setelah anda melengkapkan proses pendaftaran di atas, maka baru anda boleh memulakan permohonan untuk geran GoDigital Sarawak ini.
  1. Log masuk akaun anda dengan memasukkan emel dan kata laluan
  2. Lengkapkan maklumat di halaman Profil
  3. Lengkapkan maklumat di halaman Adresses (Alamat)
  4. Lengkapkan maklumat di halaman Business Info (Maklumat Perniagaan)
  5. Muat naik dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan dalam format PDF:
    • Sijil Pendaftaran Perniagaan (wajib)
    • Salinan Nama Perniagaan (pilihan)
    • Lesen Perniagaan (pilihan)
    • Borang 9 (jika ada, pilihan)
  6. Klik pada butang ‘Save Changes’ untuk menyimpan butiran anda.
  7. Klik pada butang ‘Back to Business’
  8. Klik pada ‘Products’ untuk mengakses peranti digital dan perisian yang tersedia untuk permohonan.
  9. Klik pada ‘+’ untuk menambahkan peranti digital dan/atau perisian yang diinginkan ke dalam ‘Basket’.
  10. Klik pada ikon ‘Cart’ untuk melihat perkakasan dan/atau perisian yang telah anda pilih untuk dipohon. Pastikan anda tidak melebihi had yang ditetapkan.
  11. Klik butang ‘Hantar Permohonan Anda’ untuk meneruskan dengan penyerahan.
  12. Klik butang ‘Proceed To Application Details’ untuk meneruskan.
  13. Periksa dan mengesahkan butiran peribadi dan butiran perniagaan anda
  14. Klik butang ‘Proceed To Delivery Info’ untuk meneruskan ke langkah seterusnya.
  15. Sahkan alamat penghantaran anda – Jika permohonan anda berjaya, item anda akan dihantar ke alamat ini.
  16. Klik butang ‘Proceed To Submission’ untuk meneruskan ke langkah seterusnya.
  17. Halaman Penghantaran Permohonan – ‘Submit’
  18. Setuju dengan Terma dan Syarat dan Permohonan Akhir
  19. Klik butang ‘Submit’ setelah bersetuju dengan Terma dan Syarat
Pertanyaan dan maklumat lanjut

Untuk pertanyaan umum mengenai proses permohonan GoDigital Sarawak, hantarkan e-mel kepada godigital@sdec.com.my

Sumber : eCentral

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content