$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Jangan Fitnah Ebit Lew, Mondy Bukan Untuk ‘Content’- Ustaz Derry

SHARE:

Tangkap layar klip video yang memaparkan penjelasan oleh Ustaz Derry PETALING JAYA – Seorang ustaz dari Indonesia tampil memberi penjelesan ...

Tangkap layar klip video yang memaparkan penjelasan oleh Ustaz Derry

PETALING JAYA – Seorang ustaz dari Indonesia tampil memberi penjelesan tentang kontroversi yang melanda penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew dan seorang wanita gelandangan bertatu penuh di muka bernama Mondy Tatto.

Lelaki berkenaan yang dikenali Ustaz Derry Sulaiman berkata, dia sangat mengenali Mondy dan mengetahui kehidupannya di negara asalnya itu.

“Sememangnya di viral di Indonesia, mempunyai pengikut juta-juta, tetapi silapnya kami di sini (Indonesia) tak support (sokong) kehidupan dia.

“Sehinggalah Allah hantar Ustaz Ebit Lew, jumpa Mondy tidur ditepi jalan, itu semua bukan rekaan atau lakonan. Jadi jangan sebar fitnah kepada Ustaz Ebit Lew.

“Mondy ke Malaysia ada idea daripada Ustaz Ebit Lew, supaya dia (Mondy) terhindar daripada lingkungan (perkara) yang boleh merosakkan dirinya,” jelas Derry dalam satu klip video.

Derry menambah, kehidupan Mondy juga akan lebih terjaga di Malaysia dengan bimbingan Ebit dan rakan-rakan di negara ini.

“Mondy bisa (boleh) belajar agama, baiki kehidupan dan masa sama memperbaiki ekonomi dirinya. Boleh juga Mondy mencari seorang suami yang soleh.

“Mondy juga sedang mencari suami yang soleh, moga dipermudahkanlah,” jelas Derry.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan nama Ebit kembali menjadi sebutan ramai apabila niat murninya membantu Mondy Tatto dipersoalkan khalayak.

Ramai dalam kalangan netizen terkejut apabila mengetahui wanita itu bukanlah seorang gelandangan yang memerlukan bantuan seperti dipaparkan lelaki itu, sebaliknya seorang pempengaruh media sosial memiliki 1 juta pengikut dalam TikTok.

Bantuan dihulurkan Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew terus menjadi perdebatan ramai apabila wanita itu dilihat menjual produk difahamkan keluaran pendakwah terbabit menerusi satu siaran langsung (live) dalam TikTok. - KOSMO! ONLINE.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content