Jangan Pinjamkan Akaun Bank Untuk Jadikan Keldai Akaun

SHARE:

Di dunia atas talian / online sekarang ini ramai scammer bermaharajalela dengan menjadikan sasaran kepada peniaga online dan juga orang awam...

Di dunia atas talian / online sekarang ini ramai scammer bermaharajalela dengan menjadikan sasaran kepada peniaga online dan juga orang awam yang kurang cerdik berkaitan dengan dunia teknologi. Pagi tadi saya baru terima sms katanya nak pinjam akaun bank sebab nak berniaga online dan diberikan sedikit komisen. PENIPU! SCAMMER!


Scammer ini akan menawarkan dengan memberikan sebanyak 2% setiap transaksi duit pelanggan mereka masuk ke dalam akaun bank anda dan seterusnya mereka suruh transfer pula baki tersebut ke akaun bank yang lain.

Semua ini ibarat seperti keldai akaun kerana anda ikut sahaja apa yang scammer suruh tanpa surat pernjanjian ataupun siasatan kepada sesiapa yang anda ikut arahan tersebut.

Kerajaan telah mengeluarkan arahan bahawa jangan sesekali anda terperdaya dengan scammer dengan menggunakan akaun bank anda untuk pihak ketiga.

TOLONG SEDAR! TOLONG BANGUN! TOLONG JADI CERDIK!


Kalau mereka nak berniaga, mereka mesti ada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai akaun bank sendiri. Sampaikan mereka yang hendak pinjam akaun bank anda itu tiada SSM, tiada akaun bank, tiada kad pengenalan diri. Ternyata mereka ini adalah scammer.

Daripada apa yang saya baca dan siasat serba sedikit. Benda ini terdapat satu kumpulan scammer daripada luar negara iaitu Indonesia dan ada juga scammer warganegara kita sendiri iaitu Malaysia yang terlibat.

Mereka akan membuat satu akaun fake di media sosial seperti menjual baju, kasut, seluar, topup, games dan sebagainya seperti yang tengah viral di pasaran malaysia. Mereka sangat cerdik sebab itu boleh memperbodohkan orang lain yang kurang ilmu tentang dunia alam maya iaitu dunia teknologi.

Kesimpulannya akaun bank anda adalah untuk anda sendiri, sebagai personal untuk masuk gaji dan sebagainya. Jangan sesekali berikan kepada sesiapa sahaja yang anda langsung tidak kenal, tidak pernah jumpa dan tanpa perjanjian yang sah (iaitu surat bertulis yang ditandatangangi dengan bersua muka) kalau bisnes yang dijalankan itu sah dan legal.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content