$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Jocelyn Chia Padam Instagram?

SHARE:

Kuala Lumpur: Selepas tular video memperlekehkan Malaysia dan menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan lawak, pelawak kela...


Kuala Lumpur: Selepas tular video memperlekehkan Malaysia dan menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan lawak, pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia dilihat sudah menyahaktifkan akaun Instagram, Twitter dan Facebook selepas teruk dikecam netizen.

Ketiga-tiga akaun media sosial tidak lagi dapat diakses, tetapi TikTok dan laman webnya masih aktif.

Sebelum ini, Instagram pelawak itu dibanjiri dengan komen mengecam atas tindakannya itu dan ramai yang menyifatkan dia tidak peka dengan sensitiviti terutama terhadap keluarga mangsa tragedi MH370.

Terdahulu, Chia bertindak keterlaluan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri 'Singapore vs Malaysia' yang dipercayai diadakan di Manhattan, New York, baru-baru ini.

Menerusi klip video dimuat naik menerusi akaun TikTok, Chia turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun, berbanding negaranya lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Sepanjang rakaman video berdurasi satu minit 29 saat itu, pengisian bahan lawak dipersembahkan Chia berbaur kata-kata menghina dan memek muka memperlekehkan Malaysia.

Ini termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan 'tidak mendarat'.

Difahamkan, Chia yang berusia 39 tahun itu tidak lagi memegang kerakyatan Singapura dan menetap di Amerika Syarikat.

Chia adalah seorang peguam sebelum memilih kerjaya sebagai pelawak.

Baru-baru ini, dia dipilih oleh Buro sebagai pelawak Singapura paling popular.

Chia juga pernah muncul dalam program popular, Howard Stern Channel sebagai pelawak undangan dan pengacara jemputan di MTV.

Dia membuat penampilan sulung komedi berdiri di televisyen dalam program Gotham Comedy Live di AXS TV pada 2019.

- HARIAN METRO

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content