$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Kes Saman Puteri Sarah Terhadap Ira Selesai - Peguam Syamsul

SHARE:

KUALA LUMPUR: Kes saman Puteri Sarah Liyana terhadap bekas madunya, Ira Kazar sudah pun selesai. Perkara itu disahkan Peguam Syarie yang mew...



KUALA LUMPUR: Kes saman Puteri Sarah Liyana terhadap bekas madunya, Ira Kazar sudah pun selesai.

Perkara itu disahkan Peguam Syarie yang mewakili pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais.

Azmi berkata, maklumat terperinci mengenai isu saman bagaimanapun tidak boleh didedahkan.

"Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman sivil yang mendakwa Ira mengganggu rumah tangganya.

"Penyelesaian sudah dibuat secara penuh dan muktamat, justeru tiada sebarang isu yang timbul antara kedua-dua pihak," katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kes saman difailkan terhadap Ira sebelum ini.

"Mengenai kes (saman) dengan dia, saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut," katanya.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan, pihaknya masih belum dapat berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

"Kes itu belum lagi dan tidak termasuk, bila di mahkamah tinggi barulah kami akan usulkan mengenai perkara itu.

"Setakat ini belum boleh dikongsi lagi. Sebab kami kena ke mahkamah tinggi untuk merekodkan semuanya, jadi ia masih dalam proses dan confidential (sulit)," katanya.

Pagi tadi, kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah, berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd.m Syamsul Mohd Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu pada jam 12.23 tengahari di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content