Lalu Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Daripada Kampung Untuk Pulang Ke Rumah

SHARE:

Hari ini selepas cuti Hari Keputeraan Agong tahun 2023 saya daripada kampung Perak dan hendak ke rumah sendiri di Selangor dengan melalui Le...


Hari ini selepas cuti Hari Keputeraan Agong tahun 2023 saya daripada kampung Perak dan hendak ke rumah sendiri di Selangor dengan melalui Lebuhraya Persisiran Pantai Barat.

Alhamdullilah tidaklah sesesak Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang dimana setiap kali ada cuti perayaan ataupun cuti peristiwa memang sesak sentiasa dan ada sesetengah tempat pula selalu laluan trafik tinggi menyebabkan saya merugikan masa disitu sahaja.
Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (bahasa Inggeris: West Coast Expressway, Singkatan: WCE atau LPB, E32) merupakan sebuah lebuh raya yang dibina di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Lebuhraya ini akan menghubungkan Taiping, Perak ke Banting di Selangor. Lebuhraya ini dibina oleh Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KLPB) yang diketuai oleh Kumpulan Europlus Berhad yang merupakan syarikat di bawah IJM Corporation Berhad. Kerajaan telah membenarkan pembinaan pada 20 Disember 2013 dan siap dalam 5 tahun tetapi projek ini telah dilewatkan dan pembinaan bermula pada Mei 2014.


Lebuhraya Persisiran Pantai Barat ini tidak sesibuk Lebuhraya Utara Selatan lagi kerana belum siap sepenuhnya kerana saya masuk daripada Beruas dan keluar di Kuala Selangor untuk pulang ke rumah. Kalau daripada Taiping sudah siap, kemungkinan anda boleh jimatkan masa kerana keluar Lebuhraya Utara Selatan di Cangkat Jering dan terus masuk ke Persisiran Pantai Barat di Taiping.

Andai kata kawasan rumah ataupun kampung anda berada di pantai barat, saya galakkan menggunakan lebuhraya ini kerana jalan memang terbaik dan tiada masalah daripada lebuhraya hingga ke jalan kampung. Semuanya mempunyai 2 lane menyebabkan kurang kesesakan.

Saya sebelum ini diwaktu Hari Raya Aidilfitri pun menggunakan jalan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat. Langsung tidak ada trafik tinggi / jem dan semuanya berjalan lancar sahaja. Apabila melihat  melalui Waze ataupun Google Maps, saya sendiri boleh melihat di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) merah sahaja semua kerana jalan sesak.

 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content